Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Wednesday 30 November 2011

Sekadar renungan untuk diriku & teman2 yang lain...

 

Ambo petik sepenuhnya di blog otai di SINI

Kisah Nabi Musa a.s Dengan Seekor Burung Helang

Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.

Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".

Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?"

Jawab burung itu : "Dari burung helang yang mahu memakan aku."

Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata 

Burung helang berkata : "Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."

Nabi Musa berkata : "Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."

Jawab burung helang : "Daging kambing tidak sesuai bagiku."

Selanjutnya burung helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."

Jawab Nabi Musa a.s : "Baiklah kalau demikian."

Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.

Melihat yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?"

Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya : "Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."

Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sabar itu ada tiga:
  1. Sabar terhadap bencana.
  2. Sabar berlaku taat.
  3. Sabar menjauhi perbuatan derhaka.

Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi.

Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.

Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi."
 
Sedarilah yang kesabaran itu adalah separuh daripada keimanan kita...Wallahualam.
p/s : Mata yang memandang tanpa ditafsir dengan mata hati takkan memahami setiap perkara itu dengan jelasnya.

TV kat rumah ambo dimasuki virus???adoiiii....benda ni rupanya!

Ambo tak tahulah sejak malam tadi TV 1 & TV 3 rumah dimasuki virus pada sebelah malam...aduhhhh rosak ke apa ni? Pada mulanya ambo buat x thu je tapi bila anak kata kenapa abah ada gambar ni je sejak buka tadi? Anak2 kata biasa orang dok berucap camni time bulan MERDEKA/HARI MALAYSIA Gambar kejadah apa plak ni? Aku try chek...memang betulah TV rumah ambo dah kena attack oleh virus NIE malam tadi sampailah ia mati sendiri pada 03 Disember nanti....fuhhhhhh...ambo ckap kat anak2 bila dah TV dijangkiti virus ni, selama beberapa hari ni xbleh tengok TV siaran tersebut...takut berjangkit...payoh nak berubat ore tua kata.....

ambil ceduk sikit apa yg dikatakan oleh dia dalam TV yang telah dimasuki virus....di blog saing NAIM NI'MAT

JOM BACA APA AMANAT MUHYIDDIN KEPADA AHLI UMNO DIPERHIMPUNAN UMNO.

http://web7.bernama.com/bernama/newspic/am/UMNO42_091107_MUHYIDDIN.jpg

Muhyiddin: PRU-13 ‘ibu segala pilihan raya’, mahu ahli Umno jihad


KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menuruTnya merupakan “ibu segala pilihan raya.”

Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Timbalan Presiden Umno ini menegaskan pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini. Ucapannya disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.

Dalam ucapan bertemakan “Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad”, Muhyiddin yang timbalan perdana menteri bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, “sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?”

“Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak,” kata beliau.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini yang Umno merupakan parti terasnya berkata, perjuangan Umno sekarang jihad untuk agama, bangsa dan negara.

“Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,” katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.

Persidangan tahun ini merupakan ketiga dirasmikan oleh Muhyiddin selaku timbalan presiden Umno.

Muhyiddin menambah, calon adalah senjata parti untuk menang dan oleh itu mahu setiap ahli memberi sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Katanya, “yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat.”

“Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka,” kata beliau lagi.

Sambil menekankan bahawa Umno tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan, kata Muhyiddin, partinya bukanlah malaikat.

“Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan,” katanya lagi.MI

N'N: Berjihad atas dasar Asobiyyah apa maknanya, kalau bukan mati katak....Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda S.A.W :

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman.(hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Bukan dari golongan ku orang orang yang mengajak atas dasar ashobiyah dan bukan golongan ku orang yang berperang atas dasar ashobiyah dan bukan dari golonganku orang yang mati karena ashobiyah”[HR. Abu Dawud]


Tuesday 29 November 2011

Bila Nafsu mengawal segala2nya...dikhalayak ramai pun tak malu dah..

Aduhai Nafsu...apabila lemahnya iman didada yang boleh ditembusi oleh ajakan syaitan untuk terjerumus kearah kebinasaan...Apabila nafsu dah melampaui akal ditambah kurangnya iman didada...


Ambo petik sepenuhnya diSINI



maksiat

KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.

Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.

romen3 
 
Bala Oh Bala....satuuuuu masiaaaaa!
 
 
romen2


Friday 25 November 2011

Macam2 kes...OKU pun bleh mencuri.

Macam2lah di Malaysia sekarang ni....




Ambo petik sepenuhnya di-hm

Bertongkat curi kereta

RAMPAS...Abd Razak menunjukkan kereta yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS...Abd Razak menunjukkan kereta yang dirampas daripada suspek.
SERDANG: Biarpun terpaksa bertongkat kerana kecacatan kaki, ia tidak menghalang seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) berusia 30-an menjadi dalang sindiket curi kenderaan di sekitar Seri Kembangan, di sini.
Suspek dipercayai menggunakan kekurangan itu sebagai sebahagian daripada modus operandi iaitu bagi mengalihkan perhatian orang ramai manakala rakannya mencuri kenderaan di tempat awam.

Bagaimanapun, kegiatan suspek bersama dua lagi rakannya yang digelar ‘Geng Waja’ ditumpaskan polis selepas ditahan dalam Ops Lejang pada jam 2 petang, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata ketika kejadian, polis ternampak sebuah Proton Waja dinaiki dua daripada suspek dalam keadaan mencurigakan di satu persimpangan sebelum mengekori kenderaan itu.

“Menyedari kereta mereka diekori, suspek memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan sebelum didatangi anggota polis berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek enggan keluar walaupun diarahkan berbuat demikian, malah suspek cuba memecut kenderaan itu untuk melarikan diri.

“Akibat hilang kawalan, kenderaan suspek terbabas sebelum merempuh penghadang di bahu jalan dan polis menangkap kedua-dua suspek terbabit,” katanya.

Berdasarkan pemeriksaan, kenderaan digunakan suspek ialah kereta curi yang dilaporkan hilang di Kajang.
Selain itu, polis menemui pelbagai peralatan untuk aktiviti pecah kereta dan menerusi semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah, samun dan curi.

“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek terbabit, polis kemudian membuat intipan di sebuah kawasan perumahan suspek dan menahan seorang lagi rakan mereka berserta sebuah lagi kenderaan curi.

“Sebuah lagi kenderaan ditemui selepas suspek menunjukkan di mana kereta berkenaan disimpan,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada suspek OKU dipercayai berperanan sebagai ‘mata-mata’ manakala dua lagi bertindak sebagai pencuri kereta dan pembekal dadah.

Berdasarkan saringan air kencing, semua suspek positif dadah jenis syabu dan direman sehingga Isnin depan.


p/s : Kalu hati dah dikawal nafsu jahat tu, apa pun boleh terjadi....

Hanya sorotan perjuangan menuntut Royalti...

Ambo petik sepenuhnya di hrkh


PM perlu isytihar Kelantan berhak dapat royalti
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

"Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti.

"Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti," katanya pada sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Membuat desakan lanjut, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan dibawahnya masih kekal dikuatkuasa.

Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.

Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.

Suruhanjaya siasatan

Sementara itu, Dr. Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia.
Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyenaraikan ordinan yang digubal sepanjang tempoh darurat itu dikuatkuasakan.
   

p/s : Kami rakyat Negeri Kelantan sentiasa berdoa agar hak rakyat untuk royalti tersebut ditunaikan walau apa cara sekalipun. Doa kami sentiasa bersama Pimpinan Negeri....

Thursday 24 November 2011

Musim bah/tengkujuh di Kelantan...itulah hakikatnya


Ambo ingat lagi masa zaman kanak2 dulu bila tiba bulan November/Disember, di Kelantan akan tiba musim bah/tengkujuh namun ia bagaikan pesta bagi ambo&kanak2 lain...kalu kat kampung sibuk dengan rakit buluhnya dan kalu kat bandar pulak seperti di Kota Bharu tu akan ramai yang datang untuk mengarung(meredah) air banjir tersebut...bagaikan pestalah orang kata. Tapi yang paling banyak direkodkan didalam media massa ialah kematian pasti meningkat disebabkan lemas pada musim tersebut....


Ambo petik sepenuhnya di -hm

Dua beradik lemas

SAYU...Roslan  (kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas dua anaknya lemas di sebuah tali air, semalam.
SAYU...Roslan (kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas dua anaknya lemas di sebuah tali air, semalam.
BACHOK: Banjir di negeri ini meragut nyawa dua beradik berusia 10 dan 14 tahun semalam, manakala seorang pelajar tingkatan tiga dikhuatiri menjadi korban ketiga dalam dua kejadian lemas berasingan.
Dalam kejadian di Kampung Tualang Salak, Jelawat, dekat sini, jam 2 petang, Ahmad Fathi Asyraf Roslan, 14, dan adiknya, Mohd Arif Hukmi, 10, lemas ketika mandi dalam tali air.

Sebelum kejadian jam 2 petang itu, dua beradik berkenaan dikatakan keluar dari rumah menuju kawasan tali air untuk bermain banjir bersama sepupu mereka, Azhar Fakri, 13, yang terselamat.
Bapa mangsa, Roslan Abd Ghani, 46, berkata, dia tidak tahu anaknya itu keluar rumah dan mandi di tali air berkenaan.

Katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Seingat saya, selepas solat Zuhur, dua anak saya itu sudah tiada di rumah sehingga saya diberitahu mereka lemas,” katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi mencari mangsa dilakukan dengan kekuatan 10 anggota termasuk lima anggota Unit Skuba.
“Hasil usaha mencari, kami menemui mayat mangsa pertama, Ahmad Fathi pada jam 4.32 petang diikuti mayat adiknya, lima minit kemudian. “Mereka ditemui pada kedalaman dua meter dari permukaan air,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mayat mangsa ditemui 90 meter dari tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Raihan Haslan, 15, dihanyutkan air ketika mandi tali air di Lemal, di Pasir Mas kira-kira jam 6 petang semalam dan masih belum ditemui sehingga jam 8 malam tadi. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan menyelamatkan Mohd Ali Zulkarnain Mohd Shafri, 14, sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus.

Ibu saudara Raihan, Haslina Hassan, 42, berkata, dia pasrah mengenangkan tragedi menimpa anak saudaranya itu dan berdoa semoga jasadnya segera ditemui.

“Kali terakhir menemuinya di rumah ketika Aidiladha lalu. Tiada sebarang perubahan pada dirinya kerana dia hanya bersikap seperti biasa. Tak sangka pula berlaku tragedi ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.30 petang sebelum terpaksa menghentikan operasi mencari dan menyelamat jam 7 malam berikutan keadaan gelap.

 p/s : Berwaspadalah kepada keluarga yang tinggal berdekatan dengan sungai/parit/lembah...perhatikanlah anak2 anda...InsyaAllah semoga semuanya selamat...

Pendirian Tok Guru untuk bubar DUN bersama kerajaan pusat? Ada Sebabnya tu...



KOTA BHARU, 23 Nov: Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan Dun.
“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.
“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya.
Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan Dun diadakan sekali.
Tuan Guru berkata demikian sewaktu diminta mengulas oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak akan membubarkan Dun Selangor sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan.

sumber -hrkh-

Wednesday 23 November 2011

Adakah ini tanda2nya PRU 13 akan berlaku awal tahun depan???kita tunggu je

Sumber sepenuhnya ambo ambil di SINI


Betul ke tak kita pakat tengok jelah...bila2 pun boleh PRU ni janji ketelusan dan perkara yang diminta masa BERSIH 2.0 tu dilaksanakan oleh SPR...

Bukti PRU 13 Awal Tahun Hadapan 

 



KHABAR angin yang bertiup kencang bahawa Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada bulan Disember ini, bolehlah dianggap sebagai sesuatu yang tidak tepat berdasarkan satu keratan notis pekeliling yang menunjukkan situasi yang sebaliknya akan berlaku.

Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Klang itu mengarahkan supaya semua sewaan Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang untuk sebarang majlis termasuk perkahwinan bagi bulan Januari, Februari, Mac dan April 2012 ditutup buat orang rama



Ini adalah bertujuan untuk persediaan Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Sudah pastilah Pegawai Daerah tersebut telah menerima 'hint" atau isyarat dari pihak atasan mereka sebelum bertindak mengeluarkan arahan tersebut.

Nampaknya rakyat Malaysia terutamanya di Daerah Klang harus mengatur semula jadual perkahwinan jika merancang berkahwin pada sekitar empat bulan tersebut.

Demi mengelakkan masalah-masalah yang bakal timbul kelak jika terdapat kekangan untuk menyewa dewan serbaguna ini.

Mungkin mereka terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mengadakan resepsi perkahwinan di hotel-hotel terkemuka jika perubahan jadual tidak dielakkan.

Nampaknya bajet juga akan bertambah, kecuali mereka berlumba-lumba untuk mengadakan majlis pada dua bulan terakhir ini, November dan Disember 2011.

Kat kampung camnilah dia...serupo tu jah kita ni...kihkihkih..

Sajo ambo letak si Apex ni...sbb saing2 kata la ni dia x tegur dah orang bila jupo...dulu biasa jah...tapi bagi ambo dulu ko bila ko sama jah...makhluk Allah belako...

Dulu rempit...sekarang bola....Harimau Melaya...kihkihkih...gambar oleh saing ambo maso dok jupo dikedai makan nasi kerabu...area KB ni...





Rezeki Pemain dan pegawai Harimau Muda...banyak tuuuu

 Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000

Kira-kira 1,000 peminat bola sepak tempatan sanggup bersengkang mata sejak jam 1 pagi semalam semata-mata mahu menyambut kepulangan skuad Harimau Muda negara di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Mereka datang dari segenap penjuru, termasuk dari sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak hanya kerana ingin bertemu dan mengucapkan tahniah secara peribadi kepada wira negara itu yang tiba dengan pesawat khas dari Jakarta pada jam 7.30 pagi itu.
Kira-kira 1,000 peminat bola sepak tempatan sanggup bersengkang mata sejak jam 1 pagi semalam semata-mata mahu menyambut kepulangan skuad Harimau Muda negara di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Mereka datang dari segenap penjuru, termasuk dari sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak hanya kerana ingin bertemu dan mengucapkan tahniah secara peribadi kepada wira negara itu yang tiba dengan pesawat khas dari Jakarta pada jam 7.30 pagi itu.


KEJAYAAN mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea di Indonesia malam kelmarin membolehkan skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee dikurniakan RM900,000.
Ganjaran hampir mencecah satu juta ringgit itu adalah kurniaan peribadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang jelas gembira dengan kejayaan barisan pemain negara menewaskan Indonesia dalam aksi final sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2009.

“Setiap pemain (20 orang) dan pegawai pasukan (10 orang) menerima RM30,000 menerusi sumbangan peribadi Tuanku Presiden yang turut bertemu pemain semalam (malam kelmarin),” kata pengurus skuad Sukan Sea negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, petang semalam.
Walaupun terpaksa menggunakan kereta perisai ‘barracuda’, barisan pemain negara dilapor mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Sultan Ahmad Shah di hotel penginapan Presiden FAM itu di Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.

Ganjaran awal terbabit dilihat sebagai pembakar semangat bagi pemain muda negara bertemu Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 bertemu Syria malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil diikuti Bahrain pada Ahad.

Malah ganjaran lain turut menanti mereka dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan badan induk bola sepak negara itu masih mengkaji habuan buat skuad kendalian Kim Swee yang tidak tewas sepanjang saingan temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Selain itu, skuad Olimpik negara juga dijadual menjalani latihan di Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan bulan depan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab elit negara itu.-hm-


Tapi lain pulak yang berlaku kat penyokong sang Garuda ni...xhabis2 lagi wooiii...tak boleh terima kekalahan lah pulak...dah2 la tu...lain tahun usaha lagi, menang dan kalah kan adat perlawanan...

ambo petik dari saing kat SINI

LAGI KERJA BANGANG PENYOKONG BOLASEPAK INDONESIA YANG TAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN, KALI NI STUDENT KITA PULA DIUGUT BUNUH.


JAKARTA, 22 Nov – Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.

Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna Twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.

Setelah mendapat kecaman, pengguna Twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu.

Namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu, lapor Bernama Online.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.

“Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmat_maswara telah memohon maaf di Twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya di sini hari ini.

Ludinata berkata pimpinan PKPMI di Bandung telah membuat laporan polis pagi ini di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.

Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polsi Indonesia untuk tindakan selanjutnya.

“Saya juga telah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung,” katanya.

Berikutan kes itu, EM Indonesia katanya telah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.

Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini.

p/s : hek elehhh...xhabis2 lagi ke woiiii....

Tuesday 22 November 2011

Syabas Harimau Muda...tapi garuda xbleh terima hakikat kekalahan...hek elehhh..

Ambo lambat nak update tentang kejayaan Harimau Muda merobek sayap sang garuda malam tadi...blog xbleh nk buka dia punya password dari pagi tadi...Alhamdulillah ni baru bleh nk update...apa pun TAHNIAH pasukan Harimau Muda Malaysia...

 


Asraruddin Putra Omar (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Indonesia. Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.


SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.
Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.
Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.-hm-

 

Inilah dikatan tidak dapat menerima hakikat kekalahan...adakah ini bakal terjadi sekiranya Najib & kepimpinannya tersungkur PRU 13 nanti...sama2lah kita lihat...

 

sumber ihsan dari OTAI

Kalah bola Indon godam satu lagi laman web Malaysia!


SEBELUM ini laman web Malaysia di alamat pas.com.my menjadi mangsa perang saraf penyokong bola sepak Indonesia, rujuk sini [PAS]

Dilihat kerana tidak berpuas hati akibat kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Harimau Muda malam tadi, individu yang dipercayai penyokong fanatik Pasukan Bola Sepak Indonesia bertindak menggodam laman web Malaysia.

Laman web harianmalaysia.my berjaya digodam oleh individu tidak bertanggung jawab tersebut. Laman itu memaparkan mesej ringkas bertulis "maap korannya w tutup bangsat,,, w jamin kgak bisa pulang pemain malingsial.. !!!! ewe by dyaz".

Meskipun Indonesia mendahului Malaysia dari segi pungutan pingat secara keseluruhan, namun kekalahan pasukan bola sepak mereka ke atas Malaysia dilihat tidak dapat diterima.

Meskipun pelbagai tindakan provokasi ditimbulkan oleh penyokong Indonesia untuk melemahkan pemain-pemain Harimau Muda, Stadium Gelora Bung Karno malam tadi menyaksikan Garuda tersungkur di gelanggang sendiri.






































Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia ditentukan oleh sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga ke akhir masa tambahan.

Malaysia menamatkan saingan dengan merangkul pingat emas dengan kemenangan 5-4 menewaskan Indonesia dalam temasya Sukan SEA ke 26.

Monday 21 November 2011

Sekadar renungan...kitaran hidup diriku&teman2 sekalian...

Peta hidup ni ambo copy sepenuhnya dekat blog sahabat NA'IM NIKMAT sebab ambo rasokan ia sangat sesuai untuk ambo dan teman2 yang lain...hanya sekadar renungan.



GAMBAR PETA HIDUP.



http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/378569_296467887052736_100000685822651_964721_380387337_n.jpg

Berubah sebelum parah...hidup perlu diteruskan dan kematian itu sangatlah pasti...apa yang pasti sentiasa bersedia sebelum kita ke sana...Allahuakhbar!

Friday 18 November 2011

Cebisan renungan...Hebatnya tarikan wanita didunia juga diAkhirat


Amanah Allah Terhadap Lelaki/Suami yang perlu memperingati ibunya/isterinya/anak perempuannya sekiranya tidak mahu ditarik ke dalam Neraka



* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Maka dia akan ditarik oleh anaknya itu ke dalam neraka.

 
* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka.


* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita di dalam keluarga itu jatuh pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja semata2 dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…Tunggulah tarikan adiknya di akhirat ke dalam neraka.


* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan dan di akhirat kelak…nantikan tarikan ibunya sama ke dalam neraka.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati?


Thursday 17 November 2011

Luahan daripada seorang guru...rentetan isu Guru yang terpaksa bekerja 9 jam sehari 2012 nanti..

Disebabkan banyak sangat dok cerita pasal cikgu2/guru sejak akhir2 ni, ambo teringat lah ko sebuah lagu dikir barat yang dinyanyikan oleh Cikgu Sulizi zaman ambo dibangku sekolah dulu...layanlah dulu sebentar, sebab ambo kalu dok layan dikir barat ni ambo jadi sedih&sebak walaupun ambo sekarang bukan menjadi golongan pendidik. Cuma ambo menjadi 'orang' macam la ni pun disebabkan jasa dari manusia yang bergelar pendidik ni...


Guru oh guru..
jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
jika hari ini seorang raja menaiki takhta
jika hari ini seorang presiden sebuah negara
jika hari ini seorang ulamak mulia
jika hari ini seorang peguam menang bicara
jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut,sabarnya mengajar tulis baca..

Terima kasih cikgu kerana sudi ajar saya
hingga kenal merah biru tahu nilai budi bahasa
mintak halal segala ilmu cikgu bagi selama masa
berkat doa dengan restu saya boleh berjaya.


Berkat tekun cikgu ajar pelajaran cikgu bagi
tangan guru panjang sejengkal sampai cara memerintah negeri
tapi kerana terlebih pandai rosak iman punah budi
jasa cikgu demo tak nilai serupa kayu hangus api


Berguru pada datang nampak rusa belang di kaki
berguru kepalang ajal bagai bunga kembang tak jadi
umpama kain sehelai putih hitam kotor cuci
jasa cikgu bubuh kalar untuk bina generasi


Boleh kita begini maju cikgu bagi la formula
berkat keramat pesanan cikgu hingga saya boleh berjaya
berkat nikmat manis madu negara kaya raya
jasa baik pihak cikgu tadak siapa boleh lupa


Untung laba daun sehelai tidak cikgu kira fikir
baja umbi buah segar orang lain kutip hasil
kerana cikgu jiwa sabar rela jadi macam lilin
rela diri hangus terbakar bagi cahaya kat orang lain


Bersabarlah wahai cikgu saya kasih saya sayang
susah payah cikgu lalu orang lain tak paham
penat lelah sedih pilu rukah bukit meredah hutan
kerana menyampai ilmu laut luas sanggup seberang


Wahai ahli masyarakat hargailah jasa cikgu
walau hanya sedenyut urat walau jasa sebesar debu
didik asuh tegur royat hingga kita boleh maju
tido jenero makan sedap rumah tangga beranak cucu 


Oh yakinlah wahai cikgu jasa mu yang tulus suci
moga teduh jadi tugu tumbuh berangkai buah berisi
jasa baik sudah tentu cukup masa genap hari
niat baik tuhan tahu jadi bekal sebelum mati


Teruskan lah bakti teruslah berjuang
membina pertiwi jayakan wawasan
susah lelah atas diri tak harap balasan
negara dok nanti sinar bulan terang


 
terima kasih cikgu kerana sudi ajar saya
hingga kenal merah biru tahu nilai budi bahasa
mintak halal segala ilmu cikgu bagi selama masa
berkat doa dengan restu saya boleh berjaya



Sebanarnya cerita daripada tajuk entry ni adalah berdasarkan cerita dibawah ni...sekadar luahan seorang guru yang ambo ambil sepenuhnya di blogger otai kat SINI


Suatu Catatan bagi SEORANG GURU BIASA .

PAK MENTERI TOLONGLAH BACA NI!!!)

berikut merupakan antara senarai tugas guru-guru disekolah
  1. Menulis rancangan mengajar
  2. Menanda kedatangan murid/pelajar
  3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-k...urangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
  4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat 
  5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
  6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
  7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
  8. Menghantar murid ke Klinik
  9. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
  10. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
  11. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
  12. Mengisi data murid SMM
  13. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
  14. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
  15. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
  16. Mengecat sekolah
  17. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
  18. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
  19. Menyiapkan program Head Counting
  20. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
  21. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
  22. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
  23. Mengendali masalah / kebajikan murid
  24. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
  25. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
  26. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
  27. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
  28. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
  29. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
  30. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
  31. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
  32. Perkembangan staf
  33. Mengendalikan perhimpunan murid
  34. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan
* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.
 
Khas untuk Pak Menteri yang jaga Pendidikan....



Wednesday 16 November 2011

Umur bukan menjadi ukuran...dah jodoh pak iman dapat yang muda...

Ajal maut, rezeki, jodoh dan segala2nya yang berlaku didunia ini adalah kehendakNYA Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa atas segalanya...rezeki pak iman lah tu...anak dara 26thn! ambo petik di-hm

SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam. | foto Harian Metro

[HM] TANAH MERAH: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.

Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.

Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.


Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.


Mat berkata, dia menjadi duda apabila isterinya meninggal dunia empat hari selepas Aidilfitri, Ogos lalu.
 
p/s : Gagoh lagi pak iman kita...semoga diberkati majlis tersebut&tercapai hajat tu...semoga anak yg dihajati itu menjadi pendokong Islam&pejuang Islam dimasa akan datang, bukan setakat mewarisi harta semata2 Pak iman oiii... 

Tuesday 15 November 2011

Aduhai Malaysia Tanah airku...

Hampir setiap hari ada saje kes buang bayi...aduhai 1 malaysia.....adakah ini digambarkan Tranformasi budaya? Ini bukan berubah tetapi rebah ke jalan kehinaan di mata dunia...Ubah Sebelum Parah...siapa yang bersalah kita fikirkanlah sendiri...dari empunya diri yang melakukan perkara tersebut, ibubapa yang gagal mendidik anak2 dengan ilmu agama yang betul keimanannya, faktor budaya dan persekitaran dengan gula2 hiburan dari kerajaan pemerintah? nilailah sendiri....ingat Ubah sebelum Parahhhhh....

‘Beg bergerak-gerak’

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

COMEL...Zaitul Najahah mendukung bayi yang ditemui.
COMEL...Zaitul Najahah mendukung bayi yang ditemui.
ALOR SETAR: Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.

“Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. “Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Baharom berkata, bayi terbabit dirawat di klinik kesihatan itu dan dilaporkan dalam keadaan sihat.

Katanya, polis turut menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, namun belum mendapat petunjuk. “Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi berkenaan berketurunan Melayu. “Setakat ini, kami masih berusaha dan sedang mengenal pasti beberapa petunjuk bagi menjalankan siasatan berhubung kes ini. “Kami mendapatkan rakaman CCTV di kawasan berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. “Kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaitul Najahah Abd Patah di talian 04-7321222,” katanya.-hm-


TaTJ royak : aduhai manusia insaflah sebelum terlambat....ambo sekadar nasihat untuk diri sendiri dan teman2 hok lain....

Friday 11 November 2011

Royalti oh royalti...semoga Najib lembut hati selepas balik dari Mekkah...InsyaAllah!

Selepas ronda2 dalam internet, terjumpalah ambo entry ni...ambo raso ambo sendiri pun sebagai rakyat Malaysia amnya dan rakyat Kelantan khususnya berharap berkaitan perkara ini...harap haji Najib lembut hati untuk berfikir secara jujur dan ikhlas untuk menimbang permohonan Royalti hok rakyat Kelantan selama ini....DISINI


Royalti: Harap PM terbuka hati lepas tunai haji
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menyerahkan 'Amanat Tun Abdul Razak' kepada Perdana Menteri berhubung hak negeri itu mendapat bayaran 5 peratus royalti petroleum.

Penyerahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

Turut serta dalam rombongan menyerahkan amanat itu, lebih 30 orang terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), ahli-ahli parlimen Kelantan, serta wakil Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan Jawatankuasa Anak-anak Kelantan Perantauan Tuntut Royalti (ROYALTI).

Mereka masing-masing membawa poster amanat tersebut termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi;

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".

Menurut Husam yang juga exco negeri Kelantan, penyerahan itu dibuat sempena merayakan ulang tahun ke-36 ucapan bekas perdana menteri ke-2 itu.

Ianya juga sebagai penerusan tuntutan kerajaan negeri kepada pusat, agar membayar wang 5 peratus yang sekian lama dinafikan itu.

"Kami berharap dengan pulangnya haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen selepas itu.

Selain amanat Tun Razak itu, satu surat mengandungi bukti jawapan menteri di Dewan Negara juga turut diserahkan kepada perdana menteri.

Ianya termasuk jawapan menteri tidak berpotfolio, Tan Sri Chon Hon Nyan terhadap soalan Senator Raja Nong Chik Raja Ishak pada 7 Januari 1977.

Jawapan tersebut antara lain berbunyi;

"Dalam Gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberikan kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada dua pihak".

Satu lagi bukti adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Gaddam pada 4 April 1989 terhadap soalan Senator Tuan Hassan Harun yang berbunyi;

"Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak".

Telaga Bumi dan Suria

Selain itu, Kelantan juga menuntut pengeluaran gas di Telaga Bumi dan Telaga Suria di kawasan bertindih dengan Terengganu yang beroperasi April lalu juga didaratkan di negeri itu.

Setakat kini katanya, Petronas pada 24 September lalu telah membuat pengumuman akan mendaratkan gas tersebut di Kerteh iaitu sepanjang 2000 kilometer pipeline di lautan.

"Kami sangat berharap gas ini dapat didaratkan di Kelantan.

"Kelantan telah menyediakan satu zon petroleum industri di Bachok seluas 2000 ekar dan saya telah menulis surat kepada presiden Petronas supaya isu pendaratan gas daripada Bumi dan Suria ini dilakukan di Kelantan," kata Husam.

Thursday 10 November 2011

Dia ni kah yang akan ganti TGNA?

Raso lama benar tak update blog ni...maklumlah minggu lepas balik kampung, bukan setakat tok sempat disebabkan Aqiqah anak tapi sibuk jugak dok jaga ibunda tercinta yang sakit...terpaksalah bersusah sedikit disebabkan sakit kaki akibat terjatuh dari tangga...tapi hari ni buka je blog ambo tercari2 jugak sapo yg dimaksudkan manusia yg berjiwa kentar yg akan menggantikan Tok Guru sekiranya Tok Guru toksir dah tanding PRU13 nanti...baca punya baca, maka keluarlah makhluk Allah ni yg setulus hati&jiwa raga ingin menjiwai perwatakan TGNA...alahai....


Kelantan: Mustapa sedia jadi MB, tapi serah pada Najib

November 10, 2011


KUALA LUMPUR, 10 Nov — Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan kesediaan untuk berhadapan dengan kepimpinan Mursyidul Am PAS yang popular, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengetuai kerajaan negeri jika menguasai pilihan raya umum ke-13.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini memberitahu The Malaysian Insider, "di bawah situasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetuai (kerajaan) negeri jika menang (pilihan raya)."
Barisan Nasional (BN) tewas di Kelantan di tangan PAS pada pilihan raya umum 1990. Sejak itu negeri tersebut diketuai parti Islam tersebut.
"Pertama, dia (ketua Umno negeri) akan mengetuai parti dalam pilihan raya. Secara konvensyen, itu yang akan berlaku. Jika kami menang, lazimnya dia akan menjadi MB.
"Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal. Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'," kata beliau.
Mustapa (gambar) yang juga Ahli Parlimen Jeli mendapat sokongan padu daripada kalangan akar umbi Umno di negeri Pantai Timur itu.
Ketua Pembangkang di Kelantan Datuk Che Alwi Ahmad juga menggambarkan Mustapa yang popular dikenali sebagai "Tok Pa" sebagai bakal menteri besar Kelantan dari sebelah Umno-BN.
Mustapa, pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama dalam jurusan ekonomi dan ijazah sarjana pembangunan ekonomi kini mengetuai gerakan kempen "Gelombang Merah" untuk mendapatkan balik negeri Kelantan daripada penguasaan dua dekad PAS.
Difahamkan pemimpin-pemimpin PAS juga bimbang mengenai aspek pengganti kepimpinan di negeri itu dengan mengambil kira usia Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, mencecah usia 80 tahun pada tahun ini. PAS didakwa tiada gambaran yang jelas mengenai bakal pengganti Nik Aziz.
Mustapa pernah dilihat sebagai bakal menteri besar ketika pilihan raya umum 2004, di mana beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas tetapi Umno-BN gagal menguasai negeri itu.
Ketika itu PAS menang 24 kerusi manakala BN pula 21.
Empat tahun kemudian, Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan membawa peranan sebagai bakal menteri besar tetapi Umno hanya menang enam kerusi.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat...SINI

TaTJ royak : Royalti toksir bui2 ko Datuk Pa dio????siang ko rakyat kelate...ambo toksir demo, ambo nok royalti jah...ambo & rakyat kelate mintak agar hati puok2 demo lembut untuk bui ko rakyat kelate royalti hok rakyat sumber rezeki daripada Allah S.W.T. itu...hok nak undi demo ambo toksir...parok doh tahu ...

Thursday 3 November 2011

Pensyarah yang sebaiknya digelar perogol...Bala oh bala!

Apa nak jadi dengan negara Malaysia sekarang ni? Bahaya tahap akidah dan iman tiada didada dan hanya nafsu semata-mata...ambo baca dalam metro, sekadar cari artikel jah...nak beli xberapo sangat!kihkihkih...


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan kolej swasta diheret dari sebuah tempat letak kereta di Sentul di sini, sebelum dirogol pensyarahnya sendiri, pagi kelmarin.
Sebelum kejadian, pensyarah berusia lingkungan 40-an berkenaan memperdaya mangsa berjumpa di pejabatnya di sebuah kolej swasta di ibu kota dengan alasan berbincang mengenai pelajaran, jam 9 pagi.

Sebaik mangsa tiba di biliknya, lelaki terbabit mengugut akan menggagalkan pelajar itu dalam peperiksaan pada setiap semester jika enggan keluar bersarapan dengannya.
Sumber polis berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan berkenaan terpaksa akur, namun sebaik masuk ke dalam kereta, pensyarah itu membawa pelajar itu ke rumahnya di Sentul. “Ketika dalam perjalanan, telefon bimbit mangsa dirampas dan sejurus tiba di kawasan letak kereta di kediamannya, pensyarah itu mengheret mangsa hingga ke rumahnya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa dipukul dan dua tangannya diikat. Baju mangsa dikoyak sebelum dia dirogol pensyarah itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum meninggalkan pelajar itu bersendirian, pensyarah berkenaan membasahkan pakaian mangsa dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri.

“Biarpun pakaiannya basah, mangsa tetap memakai semula pakaiannya sebelum cuba meloloskan diri namun gagal disebabkan pintu berkunci.

“Lelaki itu mengugut membunuh mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya.
Sumber itu berkata, lelaki terbabit menghantar mangsa ke stesen transit aliran ringan (LRT) di Jalan Tun Razak, di sini, sebelum sekali lagi mengugut membunuh mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada orang lain.

Katanya, mangsa menghubungi kakaknya sebelum menceritakan kejadian berkenaan.

Mangsa yang ditemani kakaknya membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Ini kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu membabitkan pensyarah melakukan jenayah seksual terhadap penuntut wanita masing-masing.

Pada 29 0ktober lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia lingkungan 50-an yang mencabul pelajar perempuan di bilik universiti berkenaan.

Pensyarah terbabit didakwa memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan.
 
DISINI pun ada jugak...sekadar bacaan & renungan...

Betul ke PRU 13 selepas Najib balik dari Mekkah? Mungkin ada citer ni..




Apakah betul rata2 blogger otai PR yang mengatakan PRU 13 akan diadakan selepas Pie em kita balik dari menunaikan ibadah Haji nanti? Samaada desas-desus mengatakan bulan November atau awal tahun depan ambo sendiri pun tak pasti...tapi dah rata2 dok jaja yang PRU dah tak lama dah, maka ambo sendiri pun rasonya memang betul jugak sebab disebalik Pie Em kita pergi menunaikan Haji kemungkinan fakta2 PRU 13 tu semakin hampir adalah betul...strateginya juga adalah Najib pergi menunaikan Haji?Pergi Haji ambo ulang sekali lagi....kalu tak percaya ini merupakan satu strategi daripada salah seorang manusia yg bergelar Pie-em jugak di BLOG OTAI.




p/s: Semoga Najib & semua umat Islam yang menunaikan Haji pada tahun ini mendapat Haji Yang Mabrur dan mendapatkan keredhaan Allah dan bukannnya Haji MALBORRO yang balik buat perangai macam dulu2(jahil&menentang Hukum Allah)....



Nuffnang Ads