Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Wednesday, 28 December 2011

PRU13 bulan mac???

ambo petik sepenuhnya di SINI


Tarikh PRU-13: Bubar 17 Februari, Pengundian 11 Mac 2012

Tarikh PRU-13 Bubar 17 Februari, Pengundian 11 Mac 2012
PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar  pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.
Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012.  Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.
Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).
Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar.
No 11 adalah nombor yang dikatakan menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering dikaitkan dengan elemen tuah.  Justeru tarikh pengundian pada Sabtu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada 12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung minggu.
Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri.  Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat tersebut kepada mereka.
Dalam perkembangan yang sama, sumber lain pula memaklumkan kepada penulis  bahawa Barisan Nasional (BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi.  Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3 yang hilang dalam PRU12 pada 2008.
Tapi dalam masa yang sama, temubual eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya.
Nazri membayangkan BN akan mengalami kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang.  Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih ’sofsikated’ dalam menentukan pilihan masing-masing di peti undi.
Pada pendapat penulis keghairahan akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan ‘ramalan’ yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka, walaupun dizaman moden hari ini.
Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah, akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak kuat.  Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan.
Oleh itu penulis beranggapan, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Paling penting mengenal pasti 190 kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian.


p/s : Janji bukan ABU..pilihlah hok mana baik...Takbirrrr!Allahuakhbar3.

Friday, 23 December 2011

Semoga TGNA sentiasa sihat wal'afiat...InsyaAllah.

Ambo petik jah...xdok nak tamboh gapo2...hok penting Tok Guru sihat...InsyaAllah.



Hanya jalani rawatan biasa - Nik Aziz
Harakahdaily
KOTA BHARU, 23 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak tertentu agar tidak menyebarkan fitnah berhubung keadaan kesihatan dirinya yang menjalani rawatan baru-baru ini.

Katanya, dakwaan bahawa beliau berada dalam kritikal sehingga menerima rawatan intensif semasa berada di Hospital Universiti Malaysia (HUSM) baru-baru ini adalah tidak betul.

Menyangkal dakwaan itu Nik Aziz, 80, berkata, sudah menjadi rutin dia akan membuat pemeriksaan berkala di hospital terbabit supaya keadaan kesihatan sentiasa stabil dan memuaskan.

“Sudah menjadi kebiasaan saya buat pemeriksaan di hospital tiga bulan, ada( dakwaan) kata saya sakit, itu kerja orang yang tidak kenal dosa, ” katanya ketika ditemui media di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Isnin lalu Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS  telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan dibenarkan pulang pagi semalam.

Bagaiamanapun, maklumat yang tersebar luas di internet menyatakan beliau berada dalam keadaan kritikal.

Semalam juga beliau turut mengeluarkan kenyataan menyatakan pendirian berhubung isu dalaman parti membabitkan bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip.

Dalam responya beliau menasihatkan semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti.

Beliau juga menyokong keputusan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat untuk memanggil ketiga-tiga individu tersebut memberikan penjelasan.

p/s: ambo selaku rakyat dibawah pimpinan Tok Guru sentiasa mendoakan kesihatan Tok Guru...Ulamak Teras Pembangunan Dunia & Akhirat!

Thursday, 22 December 2011

Gaji SBPA ditangguh....


Gaji SBPA yg dok kecoh2 oleh penjawat awam di Malaysia sejak akhir2 ni telah ditangguh oleh PM hari ni, aikkk nape pulok...berita ni sememangnya akan menjadi gosip panas diantara penjawat awam di Malaysia ni...apa pun Najib telah bersetuju dengan cadangan CEUPACS supaya SBPA tersebut dikaji semula....apa pun ada sesetengah yang setuju dan ada jugak hok yang tak setuju...malahan ada juga yang marahkan CEUPACS kerana pandai2 bagi cadangan ni...tapi hok ambo tahu ada sesuatu disebalik SBPA tu...nak bagi kenaikan/pelarasan tu mesti lihat dari segi kewangan negara jugak...apa pun ada pro dan kontra di atas penangguhan oleh PM berkenaan Skim Gaji SBPA ni....

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

 




PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

p/s : Ntahlah...PRU kot...kihkihkih..

Kenyataan/Pendirian yang bengong...Bala oh bala

ambo petik sepenuhnya....

TIADA APA YANG MAMPU MENGONCANG KEIMANAN SAYA





KUALA LUMPUR 21 Dis. – Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD) Ariff Alfian Rosli (Gay melayu yang berkahwin sesama jantina) yang dilaporkan hilang baru-baru ini, memberitahu, dia selamat dan kini menetap di Dublin.

Menurut Ariff Alfian, dia juga masih beragama Islam dan tidak hilang sebagaimana dilaporkan.

‘‘Saya tidak menganut agama lain seperti yang dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia.

‘‘Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya yang dipetik dalam portal berita http://www.irishtimes.com semalam.

Pada 12 Disember lalu, bapanya, Rosli Haron telah melaporkan kehilangan Ariff Alfian kepada Utusan Malaysia selepas gagal menghubungi anaknya itu sejak tiga tahun lalu.

Bekas pelajar UCD itu memberitahu, dia telah bermastautin di Ireland ketika mula menyambung pengajian dalam bidang perubatan sejak lapan tahun lalu.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal di negara ini secara sah.

‘‘Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar yang saya tinggal secara sah di sini sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

Ariff Alfian mengakui dia sudah beberapa tahun tidak bercakap atau menghubungi bapanya di Malaysia, ekoran satu perselisihan faham antara mereka.

‘‘Saya ada sedikit salah faham dengan ayah pada tahun 2009 dan sehinggalah saya dilaporkan hilang.

‘‘Saya masih tidak berhubung dengannya, tetapi sering berhubung dengan ahli keluarga yang lain,” katanya lagi.

Ariff Alfian menjelaskan, tindakannya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian masyarakat.

Menurutnya, dia tidak berniat mencetus kontroversi, apatah lagi perkara tersebut melibatkan keluarganya. -BUJANG SUSAH

p/s: Bala Allah bukan kena mangkuk ni sorang tp semua umat manusia di bumi ini selagi tidak menghalang manusia mcmni supaya bertaubat...Allahuakhbar!


Wednesday, 21 December 2011

Daulat Tuanku...Allahuakhbar!

Ambo petik sepenuh artikel ni dari saing...

Apabila Agong dan Timbalannya adalah dari negeri PAS

Oleh ZULKIFLI YAHAYA di SINI

RIBUAN rakyat jelata berbaris di sepanjang jalan dari Istana Anak Bukit hinggalah ke Lapangan Terbang Kepala Batas. Rakyat Kedah sangat bangga untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Tuanku Sultan Kedah yang akan menaiki singgahsana takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong kali yang ke-14 pada usia 84 tahun.

Kebanggaan rakyat berganda kerana baginda akan ditabalkan buat kali kedua dalam sejarah kehidupannya. Kali pertama baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ialah pada tahun 1970 hingga 1975.

Sebaik kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengambil alih Kedah pada 2008, negeri Jelapang Padi ini meraikan sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda.

Semua upacara istiadat sambutan dikepalai oleh Menteri Besar daripada PAS. Kini, sewaktu baginda Sultan berangkat ke Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong pun Menteri Besarnya masih daripada PAS. Allah yang mengatur bahawa segala catatan gemilang baginda berlaku pada masa Pakatan Rakyat.

Tunku Abdul Halim adalah Sultan yang istimewa di mata rakyat, bukan hanya di Kedah tetapi di Malaysia. Baginda benarbenar seorang raja yang dilihat tidak mencampuri urusan politik rakyat.

Kerajaan negeri Perak yang dipilih secara sah oleh majoriti rakyat tetapi krisis politik yang berlaku sehingga tercetus ungkapan ‘sembah derhaka’ apabila keputusan Istana tidak disenangi oleh pihak yang digulingkan secara tidak demokratik. Ada peristiwa kontroversi di mana rakyat berbaring di atas jalan menghalang perjalanan Sultan ke istana.

Di Selangor satu demi kenyataan pihak istana ‘berjaya’ dimanipulasi oleh BN bagi menggambarkan bahawa dalam keadaan tertentu pihak istana dan kerajaan negeri macam tidak sebulu. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan beberapa tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor, menyerlahkan perbezaan tersebut.

Kelantan, suatu masa dahulu sewaktu Sultan yang ada kini belum menaiki takhta terdapat juga isu-isu tertentu yang boleh dimanipulasi oleh BN bagi menggambarkan kononnya pentadbiran kerajaan dan istana tidak sehaluan.

Di Kedah, kebijaksanaan sikap Tuanku Sultan menyebabkan tiada isu yang boleh digunakan oleh pihak pembangkang (BN) bagi mengeruhkan hubungan antara kerajaan dan istana. Kali pertama Ustaz Azizan diserang adalah isu yang berkaitan kononnya Menteri Besar itu menderhaka kerana menggunakan payung kuning istana, walhal payung kuning tersebut adalah milik sebuah syarikat minyak. Dikhabarkan apabila baginda dimaklumkan mengenai isu payung kuning tersebut, baginda hanya tersenyum.

Kali kedua, Pemuda Umno Kedah menghantar memorandum kepada Sultan Kedah kerana kononnya seorang Exco kerajaan negeri telah menderhaka kepada baginda dengan mengeluarkan kata-kata tidak sopan. Sumber maklumatnya hanyalah berdasarkan sehelai surat layang yang tidak diketahui siapa menulisnya. Ironinya, sejurus selepas Exco berkenaan diserang, beliau telah dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Tuanku Sultan.

Tidak pernah pemimpin PAS sewaktu jadi pembangkang menerima anugerah yang membawa gelaran Dato’ melainkan berlaku pada Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang menerimanya sewaktu menjadi ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri. Hanya Sultan Kedah yang berjiwa besar yang bersedia memberi anugerah seumpama itu kepada individu pembangkang.

Bagi baginda semua rakyat Kedah adalah rakyat baginda juga yang tidak harus dibezakan kerana perbezaan politik parti yang memerintah.

Sewaktu sebahagian besar rakyat Malaysia terpengaruh dengan media BN yang mendakwa Ibrahim Libya dan rakan-rakannya adalah penjenayah, Tuanku Abdul Halim mencemar duli merenjis air mawar di makam 14 syuhada Memali. Jika tidak kerana krisis pindaan perlembagaan 1992 (di mana Umno telah membuang kuasa raja-raja) Sultan Kedah telah berangkat ke majlis ihtifal Madrasah Islahiah Diniah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Libya. Keberangkatannya ke madrasah tersebut seperti dijadualkan dibatalkan pada saat akhir.

Apabila Sultan Kedah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, timbalan baginda ialah Tengku Faris Petra iaitu Sultan bagi negeri Kelantan. Tengku Faris juga seorang yang sangat hebat di mata rakyat. Baginda boleh mengimamkan solat jemaah dan melakukan sembelihan korban dengan tangannya sendiri. Hampir tidak pernah dilihat seorang raja yang berketayap dan berjubah, melainkan Sultan Kelantan.

Kehadiran Tengku Faris di atas takhta turut dapat menamatkan cubaan BN untuk memanipulasi apa-apa isu berkaitan hubungan kerajaan negeri dan istana.

Apa yang lebih istimewa mengenai perencanaan Allah SWT di sebalik pelantikan Yang di- Pertuan Agong dan Timbalannya itu ialah baginda berdua adalah dari dua buah negeri yang ditadbir oleh PAS atau Pakatan Rakyat. Inilah kali pertama ia berlaku dalam sejarah Malaysia.

Sekarang satu Malaysia sedang bergelut dalam pertarungan terbesar politik yang bakal berlaku tahun hadapan, iaitu pilihan raya umum ke-13. Apakah kebetulan di sebalik pelantikan dua orang Sultan dari dua buah negeri di bawah pentadbiran PAS atau Pakatan itu memberi petunjuk bahawa calon daripada Pakatan Rakyat yang akan mengisi jawatan Perdana Menteri selepas PRU13 nanti? Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana Dialah yang merencanakan segalanya.

 p/s : Manusia merancang dan Allah S.W.T. juga merancang tetapi sebaik-baik perancangan itu tentunya daripada Allah S.W.T....Allahuakhbar!

Tuesday, 20 December 2011

Bila ajal menjemput....doktor pakar dalam bahagian jantung pun akan mati desebabkan sakit jantung. Begitulah ajal kita berdasarkan sebab yang sememangnya telah ditulis oleh Yang Maha Berkuasa. Sekiranya ajal itu sampai maka pergilah roh tersebut menghadap Yang Maha Esa malahan tidak akan sedetik kurang ataupun sebaliknya...Hanya Allah lah tempat Yang Maha Mengetahui segala2nya...
Mati itu pasti dan hanya penyebab kematian itu sahaja sebagai caranya hamba Allah pulang ke sisiNYA...Al Fatihah..


Maut hantar jenazah

NAHAS...van jenazah yang dalam perjalanan pulang dari Kelantan terbabas di Jalan Raub-Lipis, semalam.
NAHAS...van jenazah yang dalam perjalanan pulang dari Kelantan terbabas di Jalan Raub-Lipis, semalam.
RAUB: Dua lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Subang, Selangor, selepas menghantar jenazah ke Kuala Krai, Kelantan, terbunuh selepas van jenazah milik Masjid An-Nur Kampung Melayu, Subang, Selangor yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di kilometer 333, Jalan Raub-Lipis di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, pemandu van, Zaini Tamsir, 42, dan penumpang belakang, Saffii Sajat, 61, masing-masing dari Kampung Melayu, Subang, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Dua lagi penumpang iaitu anak Zaini, Zulhilmie, 15, yang duduk di kerusi penumpang depan, cedera ringan di telinga manakala penumpang belakang, Amran Sewa, 38, dari Jalan Merbau, kampung sama, patah tangan kanan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata siasatan awal mendapati, ketika tiba di tempat kejadian Zaini dipercayai hilang kawalan menyebabkan van berkenaan terbabas ke kiri dan terbalik apabila termasuk ke dalam longkang.

Menurutnya, akibat kejadian itu, Zaini dan Saffii meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zulhilmie dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Raub (HR).

Namun, Amran terpaksa ditahan di wad hospital berkenaan kerana patah tangan.

Katanya, seorang daripada mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Raub yang mengambil masa beberapa minit.

“Kami tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai akibat pemandu mengantuk kerana ketika kejadian keadaan cuaca baik manakala permukaan jalan kering.
“Jenazah mangsa sudah dituntut keluarga selepas bedah siasat selesai dijalankan di HR, petang semalam,” katanya.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

p/s: Sebelum pergi menghadap Yang Maha Berkuasa, renungkanlah diri kita apakah perbuatan yang dilakukan didunia ini akan menjadi amalan yang berguna untuk kecemerlangan akhirat sana...Pilihlah yang terbaik dari apa yang kamu fikirkan, bukan setakat kebaikan dunia tapi yang pasti akhirat sana...Wallahualam...Allahuakhbar3!


Comel tu kan kalu pakai tudung...

ambo petik hok ore di SINI je


Gambar2 Ekslusif: Penceramah Terkenal Bergambar Bersama Selebriti Wanita Terkenal Bertudung Litup..



Cantik manisnya apabila melihat Abby Abadi bertudung walaupun sekadar untuk menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus. At least adalah usaha untuk berubah. Sama-sama kita doakan agar Abby Abadi mengikut jejak beberapa orang rakannya yang telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.
abby abadi bertudung
Tambah menarik apabila di dalam Facebook Abby Abadi, Abby sudah mula mengupdate status yang bercorakkan keIslaman untuk para peminatnya.
abby abadi bertudung
Semoga pintu hati Abby Abadi terbuka untuk memakai tudung sepenuhnya suatu hari nanti. Lagi beberapa kepinggambar Abby Abadi cantik bertudung dengan membaca entri ini sepenuhnya.
abby abadi bertudung
abby abadi bertudung
abby abadi bertudung

p/s: Semoga lebih ramai lagi artis akan mengikuti perkara seperti ini...Allahuakhbar!Ambo pun terliur nk gambor denghe Ustaz Azhar ni...xdan lagi jupo molek..

Monday, 19 December 2011

Aura PRU13...ramai yg keluar PAS??opsss...keluar umNO lah...kihkihkih..

Apabila dah dekat musim PRU mesti ada kes yg keluar parti...alahaiiii...tak kiralah keluar PAS masuk umNO, masuk PAS keluar umNO...tapi yg banyak kita dengar dan lihat dalam berita2/surat kabar satuuuu masiaaaaa ni mesti yg banyak orang keluar PR dan masuk umNO...beginalah senario dekat2 pilihanraya. Kes ini juga berlaku di negeri ambo...ramai pakat tubit PAS dan nok masuk umno???ya ko??oppsss masuk PAS lah.....dulu kecoh gelombang merah Datuk Pa?adakah ini gelombang yang dah reda???hok ambo tahu gelombang HIJAU anak2 perantau adalah tunjang kemenangan PAS di Kelantan nanti...InsyaAllah.
 
gambar hiasan jah....

Makin ramai ahli tinggalkan Umno di Jeli
M Faqih
JELI, 19 Dis: Hasrat Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu terus mempertahankan parlimen ini buat penggal ketiga pada pilihan raya umum ke-13 kini makin tergugat.
Majoriti undi yang diraih iaitu sebanyak 4,436  pada pilihan raya umum Mac 2008 sekarang semakin mengecil apabila ramai ahli dan penyokong Umno menyertai PAS.
Malam tadi seramai 113 lagi ahli dan penyokong Umno diketuai Mohd Yusof Abdullah, 62  menyerah borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Program itu diadakan di Dun Air Lanas, yang menyaksikan kehadiran orang ramai luar jangka biar pun hujan pada sebelah siang.
Malah selepas ini banyak lagi siri ceramah Selamat Tinggal Umno akan diadakan di dua Dun di Jeli iaitu Kuala Balah dan Bukit Bunga.
Mat Yusof yang tinggal di Blok Machang, Air Lanas berkata, kesedaran yang berputik dalam dirinya sendiri menjadi punca beliau meninggalkan Umno.
Katanya, beliau dan isteri serta rakan-rakan memilih berhijrah sempena tahun baru Islam dan berazam mahu membantu PAS merampas semula parlimen Jeli.
“Selepas ini ada lagi rakan-rakan saya dalam Umno yang akan mengikut jejak langkah saya,” katanya yang berpeluang berucap di hadapan ribuan yang hadir.
Menurutnya biar pun sudah lama berjuang dalam Umno, namun kesedaran mulai berputik dalam jiwanya bagi memilih haluan Islam bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan.
Rakannya Tuan Hassan Tuan Mat, 50 memberitahu sudah lama kesedaran berputik dalam jiwanya untuk memilih Islam sebagai medan perjuangan.
Katanya, beberapa tahun lalu beliau pernah bermimpi bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Beliau hairan bagaimana wajah Menteri Besar Kelantan boleh muncul dalam mimpinya biar pun bukan penyokong PAS.
“Bermula dari situlah mulai lahir satu kesedaran baru dan saya tekad meninggalkan perjuangan lama yang tidak lagi memberi apa-apa makna.
“Lagi pun anak saya sudah lama meminta saya meninggalkan Umno,” ujarnya.
Hadir sama di majlis ceramah itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Yang Dipertua PAS Jeli, Apandi Mohamad, Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kob dan Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak.


p/s : Pilihlah yang mana terbaik dalam PRU nanti supaya apa yg dipilih itu bukan setakat manis dibibir semata2 bahkan berpanjangan masanya serta fikirlah untuk akhirat sana nanti...Allahuakhbar3!

Ilmu itu penyuluh hidup tetapi....kalau salah ia akan menjadi sebaliknya.

Salah ajaran daripada orang tua sendiri...


 ambo petik sambil baca dimetro

Bapa perturun ilmu mencuri



pix_middle
KUALA TERENGGANU: Seorang bapa dipercayai merekrut dua anak lelaki bagi mengikut jejaknya menjalankan aktiviti mencuri dan menjual kenderaan secara berkumpulan meskipun seorang daripada anaknya masih di bawah umur dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, berikutan kes kecurian kenderaan meningkat kebelakangan ini, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas menjejak dalang kejadian itu.
Menurutnya, hasil maklumat, serbuan dilakukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu terhadap sebuah rumah di Kampung Dusun Berliku, Besut, pada 4 Disember lalu.

“Dalam serbuan jam 7 malam itu, dua beradik berusia 17 dan 21 tahun ditahan. Soal siasat membawa kepada penemuan dua Proton Wira, satu Proton Waja dan sebuah lori di rumah berkenaan dipercayai dicuri.


P/s: Dari kain yang putih akan bertukar warnanya dari bayi sehingga menjadi dewasa seseorang itu adalah disebabkan didikan ibubapanya sendiri...Wallahualam!


Friday, 16 December 2011

Hanya untuk Penjawat Awam je...

ambo copy sepenuhnya ni di hrkh


SBPA: PM dituntut tunai janji naik gaji Jan 2012 
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersetuju dengan saranan Cuepacs yang mendesak kakitangan awam agar tidak menandatangani borang opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diedarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad (gambar) berkata, cubaan penguatkuasaan SBPA kepada 1.2 juta kakitangan awam tanpa memberikan maklumat yang mencukupi adalah satu penganiayaan.
Menurutnya, DPPWP dimaklumkan, hanya kakitangan yang menandatangani SBPA sahaja yang akan menerima kenaikan gaji sebanyak 7-13 peratus seperti yang di umumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan bajet yang lalu.
“Manakala kakitangan yang mahu mengunakan skim perkhidmatan berdasarkan SSM dan SSB akan kekal menerima tangga gaji sedia ada,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Malah, ujarnya ramai kakitangan awam yang tidak berpuashati kerana dalam SBPA mereka wajib memilih untuk bersara pada usia 60 tahun.
Beliau menambah, penilaian anjakan atau kenaikan gaji tahunan pula bakal didasarkan kepada merit laporan prestasi tahunan yang mana kakitangan yang gagal mencapai markah 70 peratus bagi 3 tahun berturut-turut boleh dipecat.
Katanya, apa yang tidak dijelaskan oleh JPA adalah, bagaimana bentuk penilaian itu berfungsi.
Soalnya, bagaimana mereka boleh menjamin tidak adanya elemen pilih kasih, atau sabotaj oleh kakitangan atasan kepada mereka yang menjadi subordinat mereka.
Menurutnya lagi, malah tidak dinyatakan juga jumlah kenaikan itu kerana carta perubahan gaji tidak diberikan.
“Adakah kakitangan yang mencapai markah yang lebih tinggi akan menerima kenaikan gaji dua kali ganda atau sama sahaja seperti sebelum ini di mana mereka hanya menerima kadar kenaikan mengikut tahun perkhidmatan?” tanya beliau lagi.
Katanya, kakitangan awam adalah aset yang penting kepada pentadbiran negara, tetapi layanan yang diberikan kepada mereka nampaknya semakin teruk.
Tambahnya, perkara yang paling penting untuk hidup mereka iaitu dalam menentukan masa depan kerjaya mereka dibuat tergesa-gesa sedangkan JPA hanya memberikan masa dari 16-30 Disember ini untuk mereka membuat keputusan.
“Itu arahan dari JPA, tapi bila turun kepada Kementerian dan Jabatan, ramai yang mengadu bahawa mereka perlu buat keputusan kurang dari 48 jam kerana pihak Bahagian Sumber Manusia masing-masing mengambil masa yang banyak untuk mengedar dan merekodkan pilihan yang dibuat sebelum menghantarnya semula kepada JPA,” katanya lagi.
Apa yang penting, ujarnya DPPWP berharap agar kakitangan awam bijak membuat pilihan dan tidak tergesa-gesa.
Justeru, katanya DPPWP juga mahu Perdana Menteri menunaikan janjinya untuk menaikkan gaji kakitangan awam bermulai 1 Januari tahun hadapan tanpa mengira skim mana yang mereka pilih dan tidak terikat kepada SBPA sahaja.
“Rakyat memang sedar bahawa Perdana Menteri cuba menggunakan pakej belanjawan Bajet 2012 untuk menarik undi dan sokongan, tapi biarlah dengan cara yang ikhlas dan jelas bukannya sekadar janji yang cacamarba,” katanya lagi.


p/s : Dalam pilihanraya nanti pilihlah yang terbaik untuk korang rasa ia berguna bukan sekadar sehari dua tapi untuk jangkamasa yang panjang....Mari mengundiiiiii...

Thursday, 15 December 2011

Salah satu sebab ramai yang akan keluar dari PR yang zalim...ambo setuju sangat

Dekat2 pilihanraya ni makin ramailah yang akan keluar parti...ambo raso ada sebabnya tu...ambo jugak dok rasa ada kesilapan yang telah dilakukan oleh pemimpin PR ni yang menyebabkan lebih ramai lagi yang akan keluar parti...ambo pun sokonglah salah satu sebab mengapa PR ni akan terjejas pada PRU13 nanti...macamner nak menang kalu asyik dok tindas rakyat macamni...

Kepada yang dok sokong lagi PR tu...pikir2lah kalu bila dah puok PR memerintah Malaysia nanti...habislah rakyat nanti...ambo sesekali xsetuju seperti yang dilakukan oleh Kerajaan PR Selangor ni...tak kesian langsung kat rakyat....alahaiiiii...

Ambo petik di SINI


KERAJAAN PKR/PR SELANGOR TIDAK BERHATI PERUT!!!!! 

 

Apalah punya kerajaan PKR/PAKATAN RAKYAT Selangor pimpinan YAB Tan Seri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim...rakyat Selangor rata-rata merungut dan mengeluh sebab menerima bil bayaran sifar setiap bulan jika penggunaan di bawah RM20/-.. setahun RM240/-...lima tahun memerintah RM1200/-...kalau diberikan lagi mandat dan amanah memerintah sudah kira berapa?...rakyat sudah naik bosan dan gelisah.. dikaunter bayaran bil sudah lenggang dan tidak semeriah dulu masa zaman UMNO/BN memerintah....bebanan rakyat semakin berkurangan begitu juga kakitangan yang bertugas dikaunter.. beban tugas mereka pun dah kurang amat kini...ini tidak baik untuk negara...membina sikap pemalas kakitangan awam...yang baiknya jika rakyat diasak dan dihimpit dengan kenaikkan kos hidup.. lagi tinggi lagi baik.. tanda negara kita maju...kakitangan awam pula dilonggokkan dengan beban kerja yang menggunung sehingga ramai dari mereka menghidap stress dan sakit tekanan darah tinggi sampai kena serang angin ahmar....kalau boleh.. penggunaan cahaya matahari pun kerajaan pusat UMNO kena caj keatas rakyat jika mereka ingin menjemur kain...sebelum ini pengguna air di Selangor paling kokak pun kena bayar RM5/- sebulan jika langsung tak guna air... sebagai caj harga sewa meter air...baik betul kerajaan UMNO/BN....RM5/- pun nak sapu juga....kalau tak bayar meter akan dipotong....amat tegas dan berdisiplin sungguh....



 p/s : kihkihkih....b-end buleh buat begini ke selama 54 tahun memerintah satuuuuu msiaaaaa...



Diari bersama TGNA...Allahuakhbar!

Ambo petik.....








40 minit bersama MB Kelantan 
Mohd. Rizal bin Jaafar
Mencuri peluang untuk berjabat tangan atau bertemu muka dengan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat bukanlah sesuatu yang mudah.  Kepada mereka yang tinggal di Kota Bharu dan sering ke masjid, peluang itu mungkin besar sedikit; namun buat orang seperti saya yang tinggal di Kuala Lumpur dan hanya ‘kadang-kadang’ melawat masjid...barangkali sudah hampir mustahil.

Bukannya tidak pernah mencuba.  Setiap kali datang ke Kelantan, saya akan ikhtiarkan usaha untuk ke Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu dengan harapan dapat terserempak dengan Tok Guru selepas solat.  Namun nasib belum menyebelahi saya.

Dengan takdir Allah SWT, saat yang ditunggu hadir jua dengan cara yang sungguh tidak disangka-sangka.  Bukan sekadar terserempak, bahkan saya dan rakan-rakan perniagaan mendapat jemputan rasmi untuk ‘bertemu dan berbincang’ dipejabatnya di Kota Darulnaim.  Entah apa tarikannya yang menyebabkan Tuan Guru sudi menerima kunjungan kami, masih menjadi misteri buat saya.

Setelah membuat segala persiapan, kami berenam memulakan langkah Bismillah, dengan harapan menggunung tinggi agar cadangan kami diterima baik.  Tetapi lebih penting lagi adalah impak pertemuan yang bakal menjadi peristiwa yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat kami.  Bahkan kami turut berangan-angan mendapat jemputan makan tengahari bersama Tuan Guru selepas mesyuarat.  Bagi kami itulah hasil mesyuarat yang paling berjaya.

Kamera SLR telah berjaya dipinjam, kot ‘patelung’, tali leher ‘Zegna’ semuanya telah siap berbungkus, isikandung persembahan juga sudah berpuluh kali ditapis dan diulang-ulang sehinggalah ke malam terakhir sebelum perjalanan musafir ini bermula.

Dalam diam rupanya ramai juga yang cuba melobi agar turut terpilih mengikuti rombongan perdagangan ini dan bertemu dengan idola mereka.  Ingatkan saya seorang yang kemaruk, rupanya ramai.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baru yang kebiasaannya menyeronokkan kali ini banyak juga ranjaunya.  Hendak dijadikan cerita, kami berenam bersepakat menaiki bas ekspres dengan alasan tidak mahu memandu dan mahu bersantai sahaja (ada sebab lain juga sebenarnya tetapi biarlah rahsia).

Tepat jam 10.30 pagi bas bertuah ini akhirnya mula bergerak melakar sejarah membawa harapan dan misi yang maha penting.

Bas yang sebenarnya sudah usang dan suka berkeriut ini akhirnya tiba juga di Bandaraya Kota Bharu sekitar jam tujuh malam.  Kami sebenarnya sedikit kecewa dan marah kerana pemandu bas yang sudah dipesan untuk menurunkan kami di KB Mall terlupa untuk berhenti dan langsung terus ke perhentian bas terakhir (kami sebenarnya tidak tahu menahu di mana letaknya KB Mall tetapi telah dimaklumkan oleh rakan yang ia paling hampir dengan Kota Darul Naim).

Sejurus mendarat di hentian bas lama, kami disambut beberapa pemandu teksi sapu yang pekat dengan loghat Kelantannya.  Pada masa yang sama, laungan azan Maghrib yang berkemungkinan datang dari Masjid Muhammadi sudah mula kedengaran.

Penat, tenggelam punca, lapar dan kotor; kami sebenarnya sudah tidak kuasa bertegang-urat dengan pakcik-pakcik pemandu teksi, lantas menerima sahaja  tawaran dari pemandu yang paling lantang suaranya.  Yang penting kami harus sampai di KB Mall dan berjalan kaki menuju ke Homestay yang telah ditempah sebelum senja bertukar malam.

Episod malam itu selesai setelah kami check-in di Homestay (dan terimakasih juga kepada ‘abe-abe’ pemandu teksi sapu yang baik hati).  Setelah memaklumkan kedatangan kami kepada wakil Pejabat Menteri Besar Kelantan (PMBK), makan malam ala-kadar (warung nasi lemak sebelah kubur Kristian, tepi jalan bersebelahan KB Mall), mempersiapkan pakaian serta membeli sedikit  keperluan di KB Mall, barulah kami dapat berehat. 

Saya yang sudah terlalu kepenatan akhirnya tumbang sekitar jam dua pagi bersama benak yang sudah senak dengan pelbagai kemungkinan dan drama yang bakal terurai keesokan harinya.

10 pagi, 11 Muharram.

Kesemua enam peniaga kecil dari Kuala Lumpur ini dengan segak dan bergaya (lengkap ber-kot dan ber-talileher, harum semerbak, wajah bercukur licin tetapi meninggalkan sedikit ‘janggut’ dan ada juga yang memberanikan diri memakai kopiah putih) melangkah keluar dari bilik penginapan menuju ke pejabat Menteri Besar. Temujanjinya jam 10.30, mentari pagi sudah terik dan kami sudah tidak sempat bersarapan.  Maka dengan tergesa-gesa kami mula berjalan kaki dari simpang Wakaf Siku menuju ke Kota Darul Naim.  Destinasi yang hendak dituju agak dekat, tetapi bagi kami terasa begitu jauh sekali.  Mungkin kesan daripada  pandangan pelik pekedai dan kenderaan yang lalu lalang terhadap gaya, rupa dan pakaian kami.

“Siapalah agaknya lelaki-lelaki mabuk yang sanggup berjalan dalam panas terik siap dengan tali leher, ‘blazer’ dan ‘briefcase’ ni?”  Kami segan juga sebenarnya dan menyesal sedikit kerana tidak menyewa kereta.  Tetapi perasaan itu segera dipendamkan.  “Sebentar sahaja lagi, sejarah akan tercipta….”

Apabila tiba di balai keselamatan Kota Darul Naim, kami dijemput dan terus dibawa oleh pengawai khas Menteri Besar masuk ke blok utama.  Luas juga kawasannya, dan apabila sudah berada di dalam, barulah terasa selesa melihat spesies ‘saudara’ yang sama ‘sejaket’, ‘setali leher’, ‘sekopiah’ dan ‘sejanggut’.

Kami dijemput ke bilik Menunggu VIP.  Disana, perasaan kami bercampur-baur di antara rimaskan baju yang sudah bermandi peluh, cemas dengan kelewatan kami, lapar dek perut yang masih belum menerima juadah pagi; dan bangga kerana dilayan sebegitu penting.  Paling mustahak disebalik segala ketidakselesaan ialah ‘skrip persembahan’ yang masih kukuh tersimpan didalam ingatan saya.
Kami cuba juga menunjukkan wajah yang ceria; dan bersalaman dengan sesiapa sahaja yang memandang dan menyapa.  Ruang pejabat MB Kelantan tidaklah se-gah ruang pejabat mana-mana menteri di Putrajaya, tetapi masih kelihatan bersih dan tersusun.

Sepuluh minit kemudian, kami dibawa masuk ke bilik mesyuarat yang memang bersambung dengan bilik YAB Tuan Guru.  Degupan jantung saya sudah semakin kencang, muka sudah semakin pucat, peluh masih tidak mahu berhenti mengalir dan tapak tangan saya yang lembap sudah hampir basah.  Beberapa kakitangan PMBK mula sibuk keluar-masuk bilik mesyuarat bagi memastikan segala keperluan terisi.  Komputer kami disambung ke televisyen LCD, manakal kerusi disusun mengikut protocol.  Lampu dilaras agar cukup terangnya dan suhu penghawa-dingin ditokok agar cukup sejuknya.  Turut disediakan untuk setiap tempat duduk ialah sekotak air mineral dan piring kecil berisi kuih lapis dan kuih akok yang dibungkus plastik.  Memang serba sederhana.  Ada juga beberapa ‘pemerhati bebas’ yang ingin melihat sendiri wajah-wajah yang mahu berjumpa dengan ‘bos’ mereka…agaknyalah.

Apabila telah selesai, seorang demi seorang kakitangan bertugas keluar dari bilik mesyuarat; dan orang kuat kerajaan negeri yang pertama segera masuk dan mengambil tempat duduk.  Tidak perlulah disebut siapa, tetapi cukup untuk menambah suspense kepada drama yang bakal tersingkap.  Pegawai kedua juga sudah masuk dan duduk.  Tetapi kelibat Tuan Guru masih belum kelihatan.  Saya sudah mula risau.  Jika tadi saya cemas menanti kedatangan Tuan Guru, sekarang saya lebih risau jika Tuan Guru tidak dapat hadir.
“Takkan Tok Guru tak sudi bertemu dengan kami?”  Wajah rakan-rakan juga sudah tidak keruan walaupun para pegawai yang hadir masih kelihatan seperti biasa.  Pada waktu dan ketika itu, saya hampir pasti kesemua rakan saya sudah tidak fikirkan lagi hasil temujanji kami, kerana agenda pertemuan yang paling utama bakal berkubur sekiranya Tuan Guru tidak muncul.

Tiba-tiba pintu khas yang menyambungkan bilik mesyuarat dengan pejabat Menteri Besar berkuak dan dengan pantas kesemua pegawai kerajaan negeri yang hadir bingkas berdiri dan hampir berlari menuju ke pintu.  Kami yang cemas ini  terpinga-pinga dan masih melekat dibangku.  Apabila pintu terbuka maka muncullah kelibat dan wajah berserban yang sudah kerap dilihat, tetapi cuma dari jauh, dari kaca televisyen, pada paparan skrin komputer dan diatas kertas.  Sekarang Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sudah ada didepan mata.

Subhanallah.

Tuan Guru orangnya kecil molek sahaja, sedikit bongkok dan langkahnya seperti tertahan-tahan.  Pergerakannya perlahan dan senyap, seolah-olah mahu menyelinap masuk ke bilik mesyuarat tanpa disedari.  Apabila pintu dibuka, tangannya tidak dilepaskan dari tombol pintu dan dengan perlahan beliau menutupnya kembali (tidak seperti sesetengah pegawai besar yang suka ‘menghempas’ pintu untuk menunjuk kuasa). Pada pagi tersebut beliau memakai baju Melayu berwarna jingga lengkap bersampin dan berjubah hitam diluar.

Seorang demi seorang mengambil giliran bersalaman dengan Tuan Guru.  Saya  sememangnya tidak mahu melepaskan peluang yang sudah begitu lama dinanti.  Tetapi tatkala hampir sampai giliran saya, mulalah datang pelbagai persoalan.  Salam yang bagaimana paling sesuai?  Salam hujung jari? salam genggam sebelah tangan?  Dua belah tangan?  Salam sambil menundukkan kepala? Salam cium tangan?  Salam dan peluk?  Sebelum sempat saya membuat keputusan, tangan Tok Guru sudah menyapa saya, dan tanpa berfikir saya terus menyambutnya dengan salam sebelah tangan.  Aduh, sepatutnya digunakan salam cium tangan sebagai tanda hormat anak murid kepada gurunya.  Memang teruk saya ni.

Selepas bersalaman, kami kembali ke kerusi masing-masing, dan Tuan Guru mengambil tempat duduknya dihujung meja yang selalunya memang dikhaskan untuk pengerusi mesyuarat.  Sejurus duduk, beliau memandang kami semua (dua orang pegawai masih belum tiba); memberikan salam, membaca ummul kitab dan mengetuai bacaan doa.  Sebaik selesai berdoa dengan lembut beliau berkata, ”Sekarang saya persilakan tuan-tuan mulakan!”

Segalanya berlaku begitu pantas dan sekarang semua mata tertumpu kepada saya yang sedang memegang ‘laser pointer’.  Pada saat dan ketika itu, semua skrip dan dialog yang telah saya hafal; kata-kata pendahuluan dan terimakasih; kata panggilan dan susun atur persembahan hilang serta-merta dari ingatan.

Saya yang sudah dianggap berpengalaman membuat persembahan tiba-tiba kelu dan panik.  Tuan Guru dan pegawainya masih tidak berkelip memandang saya.  Pada waktu itu segelas air setidak-tidaknya boleh juga membantu mengurangkan keketaran; tetapi air mineral diatas meja tiada sesiapa pun yang berani menyentuh, apatah lagi mahu membuka atau meminumnya.  Jadi saya terpaksa juga teruskan majlis menggunakan skrip spontan dan alhamdulillah sedikit demi sedikit keyakinan diri datang kembali walaupun nafas masih sedikit mencungap dan nada suara ini sedikit sumbang.

Sambil berucap, sekali-sekala saya cuba juga menjeling ke arah Tuan Guru dan ada ketikanya saya lihat beliau memandang kearah saya begitu lama.  Ada masanya Tuan Guru seperti memejamkan mata sambil menongkat dagu.  Saya harap pembentangan saya tidaklah terlalu membosankan sampai Menteri Besar pun boleh terlelap.  

Tiga puluh minit berlalu dan tugas saya membentangkan cadangan akhirnya tamat.  Kini tibalah sesi yang paling mendebarkan iaitu sesi soal-jawab.  Tuan Guru masih belum bersuara walaupun sesi soal jawab berlangsung rancak dengan soalan-soalan yang agak rumit juga.  Mujur rakan-rakan dapat memberikan jawapan yang pada saya sudah cukup baik.  Walaupun masih diam, riak wajah dan pandangan mata Tuan Guru menunjukkan minat yang agak positif.

Apabila sudah selesai berbincang, saya akhiri majlis dengan ucapan penutup sambil cuba menangguhkan sesi dengan harapan dapat bertemu lagi dilain temujanji.  Pada ketika ini barulah Tuan Guru bersuara.  Nadanya perlahan sekali, sehingga kami terpaksa mendekatkan telinga untuk mendengar amanatnya.

Isi ucapan beliau sekali dengar seperti tidak relevan dengan tema perbincangan.  Tetapi oleh kerana amanat itu datang dari orang nombor satu Kelantan, tidak ada yang berani menokok tambah.

Tuan Guru mengakhiri majlis dengan membaca doa penutup beserta laungan takbir (pertama kali dalam hidup saya mesyuarat ditamatkan dengan takbir).  Beliau yang nampak keletihan perlahan-lahan bangun dan seperti mahu terus menuju ke pejabatnya.  Saya dan rakan-rakan saling memandang…ada tiga urusan belum selesai iaitu bersalaman, menyerahkan cenderahati dan bergambar (ini yang paling penting); tetapi Tuan Guru sudah berpusing ke pintu dan mula melangkah.  Salah seorang rakan kongsi saya tiba-tiba menjerit…”Tuan Guru! Tuan Guru!...” entah berapa kali dilaungnya barulah Tuan Guru tersentak dan berpatah semula ke meja.  Cenderahati diberi, dan kami akhirnya dapat bergambar bersama.

Alhamdulillah.

Kami bersalaman buat kali terakhir (sekali lagi saya terlupa untuk salam cium tangan); dan dengan sekelip mata Tuan Guru ghaib ke pejabatnya.  Mesyuarat tamat sebelum tengahari dan kami berjalan pulang ke bilik penginapan berpasang-pasang; seronok dan gembira dengan apa yang telah berlaku pada pagi itu.  Cuaca tengahari sememangnya panas tetapi peluh yang mencurah-curah sudah tidak dipedulikan lagi.  Misi utama telah terlaksana.

Sebelum pulang ke ibukota, kami sempat singgah di Masjid Muhammadi untuk solat Maghrib (kami berjalan kaki dari Homestay dan tiba di masjid serentak dengan  azan Maghrib, sama seperti malam sebelumnya).  Rupa-rupanya KDYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-5 turut solat bersama dan yang paling menarik, baginda turut mengikuti Kuliah Maghrib yang disampaikan yang bertajuk “Pemimpin Yang Zalim”.  Hai, saya tak fikir ia berani dilakukan ditempat lain.  Orang Kelantan memang hebat!

Bas ekpress jam 9 malam tiba di Kuala Lumpur jam 5.30 pagi keesokannya.  Dengan itu tamatlah pengembaraan enam sahabat yang kepenatan.

Pertemuan bersejarah dengan Menteri Besar Kelantan berlangsung lebih baik dari jangkaan saya.  Walaupun tidak berpeluang menjamah kuih akok dan kuih lapis, atau makan tengahari bersama; Tuan Guru seolah-olah mahu mendidik dan menunjukkan tauladan yang akan kekal dalam ingatan kami.  Jauh disudut hati saya faham Tuan Guru melaksanakan segala-galanya mengikut ajaran dan sunnah Rasulullah SAW.

Tidak perlu banyak bercakap tetapi lebih suka mendengar, tidak ada janji manis dan omong kosong, tidak bermewah-mewah dan berlebih-lebih, tidak membazir masa dan berucap panjang lebar dan akhir sekali; memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu-pembantunya yang telah diamanahkan.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun jahil, saya masih berpeluang   bertemu sendiri dengan seorang negarawan, ilmuan dan ulama yang dihormati rakan dan musuh.  Sangat jelas pada pandangan kami betapa berat tanggungan dan beban yang seolah-olah sudah tidak terpikul oleh tubuh Tuan Guru.

Saya juga bersyukur kerana negeri Kelantan masih lagi utuh sebagai serambi Mekah dan gigih  membangun bersama Islam.  Semoga Kelantan akan sentiasa hijau dan aman dibawah panji-panji Islam.  Saya berdoa agar Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terus dikurniakan kesihatan dan kebijaksanaan untuk  memerintah negeri Kelantan dengan seadilnya.  Semoga Malaysia turut dapat merasa tempiasnya dan sentiasa mendapat Rahmat dan belas ihsan daripada Allah Yang Maha Esa.
Allahu akbar!


p/s: Hanya manusia yang melihat berdasarkan keikhlasan hati dan keimanan kepada Allah S.W.T pasti dapat menilai seseorang itu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Segala2nya.Takbirrrr...

Wednesday, 14 December 2011

Sekadar cerita....Buat Suami dan yang ingin bergelar suami.

ambo petik sepenuhnya di SINI


Sekadar renungan....


Kisah Panas!! Sayangilah Isterimu Selagi Dia Masih Ada Di SisiMu... Jadilah Ia Sebagai Pengajaran Berguna Buat Para Suami... Wajib Baca...


Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…