Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Monday, 20 February 2012

Orang kito masuk stadium tengok bola free bokali...negeri Miskin kan!

Berapo rial tiket bola boh???ore miskin dok pulok di negeri termiskin...


Pemandangan Dari Dalam Stadium Di Sebuah Negeri Yang Termiskin Kononya

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/404173_392504310765478_154932341189344_1832196_1885636151_n.jpg

teruja lihat perlawanan liga domestik di negara kita semeriah ini... pemandangan aksi Piala FA 2011... di negeri yg diuar2kan negeri termiskin di malaysia... sekurang-kurangnya mereka mampu memenuhi stadium bola sepak diorang..SINI


Wednesday, 15 February 2012

Penangan Hari Kekasih: Bala di 1 Malaysia...


Bala yang menimpa negara kita...Allahuakhbar!

Menggigil dicekup Jais di hotel
AHMAD ISMADI ISMAIL
15 Februari 2012 
 
PETALING JAYA - Seorang lelaki menggigil ketakutan ketika dicekup bersama pasangannya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah hotel bajet di sini, dalam operasi bersepadu cegah maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi semalam.
 
Walaupun bertegas mendakwa mereka adalah suami isteri yang sah, lelaki berusia 20-an itu gagal menunjukkan kad nikah.
 
Akibat terlalu takut, lelaki itu mengeluarkan kad nama daripada dompetnya sambil tangannya terketar-ketar apabila penguat kuasa meminta menunjukkan kad nikah.
 
Bagaimanapun, dia memberi alasan tidak membawa kad nikah dan mahu pulang ke rumahnya bagi mengambil kad tersebut.
 
Jurucakap Jais berkata, sebelum itu, penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum bilik hotel itu dibuka oleh lelaki tersebut dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi.
 
Pasangan itu antara enam pasangan kekasih yang ditahan di bilik hotel bajet di sekitar daerah ini.
 
Selain Jais, operasi bermula jam 1 pagi itu melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan polis.
 
Jurucakap Jais berkata, daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, pihaknya menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan dalam bilik tanpa ikatan pernikahan yang sah.
 
Kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat Jais untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.
 
juga dibawah...
 

102 Orang Islam Dicekup pada Malam Hari Kekasih di Johor





[SH] JOHOR BAHRU – Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin.

Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua pagi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet dan tempat awam dan berusia sekitar 18 hingga 40 tahun.

“Daripada jumlah tersebut, 94 orang merupakan rakyat tempatan, tujuh warga Indonesia dan seorang lagi warga Bangladesh," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Mohd Zamri, sebanyak 44 pasangan disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat.

Katanya, seramai 12 orang pula disiasat mengikut Seksyen 29 enakmen sama kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam dan dua di bawah Seksyen 19 enakmen sama kerana meminum minuman memabukkan.

Kesemua yang ditahan telah diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara.

Sementara itu, dalam salah satu operasi yang dijalankan, seorang wanita bagaikan tidak serik apabila dicekup buat kali ketiga di sebuah hotel murah di Taman Puteri Wangsa, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini pernah ditahan dua kali atas kesalahan sama dicekup bersama pasangannya berusia 30-an ketika serbuan dijalankan pada jam 11.30 malam.

Turut ditemui di bilik yang disewa oleh pasangan itu peralatan dan dadah dipercayai jenis syabu. Dalam operasi sama, seorang lelaki hampir pitam apabila bilik yang disewanya diserbu penguatkuasa.

Lelaki berasal dari Kota Tinggi itu kelihatan pucat dan berpeluh-peluh apabilanya dihujani pelbagai soalan daripada pegawai bertugas.

Dalam Ops Kekasih tahun ini, seramai 78 penguatkuasa Jaij terlibat di seluruh daerah negeri Johor.
 
dari hadis :

"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya."
 
Huraian Hadith: 
1. Sesungguhnya bala Allah S.W.T akan menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.
2. Selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk kepada yang bukan Islam.
3. Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang perkara yang buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam masyarakat seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi jika dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai seluruh makhluk di sekitarnya.

Tuesday, 14 February 2012

Isu Negara Israel: Nasihat Tok Guru kepada DSAI

Ada benarnya Tok Guru menasihatkan DSAI berkaitan isu negara israel yg dicakapkan oleh DSAI(sekiranya benar) yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ) tempoh hari. Ambo & semestinya umat Islam tidak akan sesekali mengiktiraf Israel sbg sebuah negara....


Israel: Anwar tarik balik kenyataan atau saman WSJ

Harakahdaily 13 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa,  serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H

Monday, 13 February 2012

Taktik Perompak, Pencuri mungkin juga perogol...Berhati2!

Sekadar nak ingat ko sapo2 jah...ambo petik dari sahabat...berhati2 dan jangan biarkan diri anda terpesona kearah kerugian sekiranya tidak berhati2...



Amaran dari pihak polis

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA - CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya.Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita..Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi! BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKANJika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain. Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat. 

p/s :penjahat/penjenayah ada dimana2...berhati2!


-Sumber-

Friday, 10 February 2012

Happy Valentine Day???apa salahnya ditukarkan kepada Hari Suami Isteri...molek kan bunyinya tu..

Tidak salah kalau ditukarkan sambutan hari valentine yang disambut oleh segelintir manusia ditukarkan kepada Hari Suami Isteri...

sekadar petikan ambo ambil dari sahabat...SINI


Tukar sambutan Valentine kepada Hari Suami Isteri
 
KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih `Valentine's Day' yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.

"Untuk masa akan datang, kita bersetuju untuk menukar Valentine's Day kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar.

Beliau berkata tujuan kerajaan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam sebenar.Ini selaras dengan matlamat kerajaan melancarkan kempen menggalakkan remaja  melangsungkan perkahwinan melalui program Gerbang Az-ziwaj yang diperkenalkan dua tahun lepas melibatkan 100 pasangan mengadakan perkahwinan secara berkelompok, katanya.Melalui program itu, katanya kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 bagi setiap pasangan yang kurang mampu untuk membiayai mas kahwin dan majlis perkahwinan yang dilangsungkan.Nik Abdul Aziz melahirkan kebimbangan gejala sosial yang berlaku di seluruh negara akibat pergaulan bebas dan perkahwinan tidak sah menyebabkan kadar kelahiran anak luar nikah atau anak zina mencecah lebih 234,00 di seluruh negara dalam tempoh 2006 hingga 2010.Menurutnya lebih membimbangkan lagi apabila kira-kira 81,000 daripada jumlah itu melibatkan orang Melayu atau umat Islam dari seluruh negara.

Untuk tujuan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita untuk menempatkan wanita yang menjadi mangsa yang terlibat dengan gejala sosial akibat pergaulan bebas dan penganiayaan suami yang tidak bertanggung jawab.Sementara itu, Wan Ubaidah berkata pusat itu di Pengkalan Chepa mula menerima penghuni terdiri daripada ibu tunggal dan wanita yang merupakan mangsa gejala sosial.- Bernama 

p/s: Molek doh tu...

Thursday, 9 February 2012

Haram Babi VS haram Zina???mana yang lebih haram...

Haramnya babi hanya luaran kerana selepas disamak maka bersihlah tempat yang bersentuh dengan babi itu tetapi haramnya zina hukumnya adalah hudud untuk membersihkan dosanya itu...Wallahualam!

Antara makhluk ciptaan Allah dengan perbuatan manusia yang bernafsu didada....


VS 

Babi boleh disamak, zina wajib hudud

Harakahdaily, 09 Feb 2012
SHAH ALAM, 9 Feb: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Yaakob Sapari (gambar) berkata, “babi boleh disamak, hukuman kepada penzina, wajib hudud!,” tegas beliau.

Ini merujuk kepada keresahan umat Islam terhadap penemuan kepala babi di dua masjid berasingan dalam tempoh kurang seminggu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan bahawa para ilmuan zaman silam telah berjaya memberi kefahaman kepada umat Islam tentang status pengharaman anjing dan babi kerana ia melibatkan najis berat, iaitu najis ‘mughallazah’ – kaedah pembersihan dengan membasuh tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah.

Sementara itu, beliau menjelaskan, “babi kalau dalam darurat, masih boleh dimakan sekadar untuk hidup. Tapi, mereka yang syirik kepada Allah, menolak ayat Al-Quran, melakukan zina dan membuat fitnah wajib dikenakan hukuman,” ujar beliau dalam memberi respon terhadap isu lain yang cuba diselindungkan dalam realiti masyarakat.

Sambil menyifatkan ia tindakan pengecut sesetengah pihak menggunakan kepala babi sebagai bahan provokatif sekaligus cuba mengapi-apikan semangat perkauman di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi contoh-contoh lain yang memberi kesan langsung dalam masyarakat.

Perbuatan zina misalnya, boleh meruntuhkan institusi masyarakat bilamana anak tidak sah taraf ini dipinggirkan dan dibuang.

Jelas ia bertentangan dengan tujuan sebenar untuk berzuriat sebagaimana yang termaktub dalam maqasid syariah yang mengangkat kedudukan penjagaan keturunan dalam Islam.

Namun, lebih dari itu, mengapa program-program yang mendekatkan anak remaja kepada zina dan sebaran-sebaran fitnah menerusi media massa masih dibiarkan berleluasa mengambil tempat dalam masyarakat?

Fitnah terhadap individu atau kumpulan boleh memecah-belahkan masyarakat sepertimana yang dirakamkan dalam sejarah bilamana Tun Mutahir menyambut baik kehadiran Portugis ke Melaka atas tujuan perdagangan. Hal ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar.

Beliau telah berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka. Lantas, Sultan Mahmud mengutuskan Tun Sura untuk membunuh Tun Mutahir.

Selain itu, Dr. Yaakob turut mengingatkan tentang Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam pada itu, amalan rasuah juga semakin membarah dalam masyarakat, perlu diingat, budaya ini pastinya akan menjejaskan integriti pentadbiran sekaligus merosakkan ekonomi negara.

Gejala ini mampu menjatuhkkan mana-mana pemimpin walau banyak manapun sumbangan mereka. Tumbangnya bekas presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon dalam kes ‘scandal watergate’ juga kerana rasuah.

“Umat Islam cukup takut dengan babi ni, haram kata mereka. Tapi mengapa amalan mengambil rasuah, berzina, dan buat fitnah dianggap biasa dalam masyarakat? Sedangkan itu juga haram,” tegas beliau sambil mengingatkan masyarakat agar perkara pokok lain yang lebih berat (syirik, rasuah, zina, fitnah) juga perlu diambil kira dan diberi penekanan yang serius.




sumber-hrkh-



Bala yang melanda...


Bala Allah yang melanda di 1 Malaysia...

Bala oh bala

Kemaruk raba sesama lelaki

TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit.

TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit. 
 
KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.
Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.


Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.



Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka ‘kemaruk’ meraba lelaki lain.


p/s : Takdok guna pelajaran tinggi2, duit berjuta2, kemewahan berganda2 sekiranya dirimu musnah di sebalik kejahilan akal yang bernafsu semata2...Ubah sebelum parah dan fikirkan sebelum terhumban ke lubang neraka...Takbirrrrr!



Friday, 3 February 2012

Sekadar renungan...Bila matinya anak Adam...

ambo copy jah Syeikh....


SIAPA YANG AKAN MENSOLATKAN JENAZAHMU KELAK?


                                                             Gambar hiasan


Saudaraku...,

- Siapa yang akan memandikanmu?
- Siapa yang akan mengafankanmu?
- Siapa yang akan mengangkat kerandamu?
- Siapa yang akan mensolatkanmu?
- Siapa yang akan meletakkanmu di liang lahad?
- Siapa yang akan mendo’akanmu?
- Siapa yang akan berdiri di sisi kuburanmu, berdo’a untukmu agar Allah meneguhkanmu ketika malaikat menanyamu?

Jawablah saudaraku!
Siapa yang akan menangisimu?
- Apakah perokok itu?
- Ataukah orang yang tidak mau tunduk dan solat kepada Robbnya ini?
- Ataukah orang yang meninggalkan puasa dan zakat ini?
- Ataukah orang yang membiarkan isteri dan anak perempuannya bebas berkeliaran di jalanan dan tempat hiburan dengan penampilan yang buruk dan pakaian yang hampir telanjang? Orang yang rela dirinya menjadi seorang dayus?
- Ataukah orang yang bergelumang maksiat dan dosa besar?
- Ataukah orang yang tidak memalingkan pandangannya dari wanita bukan muhrim, memandangnya seakan-akan menelanjanginya dengan matanya?

Saudaraku, siapa orang yang engkau inginkan menangisi kematianmu?
- Apakah temanmu yang mengajakmu ke tempat-tempat minuman keras, ataukah orang yang mengajakmu ke majlis-majlis ilmu?
- Atau orang yang kalau berbicara, tema pembicaraannya denganmu adalah berita-berita artis, bintang film, penari dan penyanyi, serta menyampaikan kepadamu berita-berita cabul dan keji, ataukah orang yang kalau berbicara kepadamu mengatakan,; Allah berfirman .. Rasulullah bersabda?
- Atau orang yang mengajakmu ke tempat hiburan, pantai, sinema dan menghabiskan waktu dengan menonton television serta perlumbaan-perlumbaan ataukah yang mengajakmu ke taman-taman surga?
- Apakah orang yang mengajak atau bersamamu main domino, catur dan tenis ataukah orang yang membukakan untukmu lembaran-lembaran Mushaf Al Qur’an?

Saudaraku
Siapa teman dekat dan sahabat akrabmu? Kami bantu engkau untuk memilih sahabat atau teman yang akan mensolatkan jenazahmu esok.

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallama bersabda,
“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk itu laksana berteman dengan penjual minyak wanig dan pandai besi. Seorang penjual minyak wangi engkau bisa membeli darinya atau setidaknya mendapatkan aromanya. Sedangkan pandai besi akan membakar badanmu atau pakaianmu atau engkau mendapatkan darinya bau yang tidak sedap”. (HR. Bukhari)

Cuba engkau renungkan buah dari persahabatan yang baik dengan orang yang baik di dunia sebelum manfaatnya di akhirat!

sumber : Biaqpila


p/s : Dari Dia Kita datang dan KepadaNyalah Kita akan Kembali....Setiap Yang Hidup pasti akan menemui kematiannya...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Nuffnang Ads