Selamat Hari Raya dan semoga selamat semuanya samada perjalanan tu melalui pengangkutan darat, laut(air) dan udara...kalau selain jenis pengangkutan tu pun lantaklah, janji selamat...Berhati2 ok!!!!Semoga orang yang menunggu di kampung gembira dengan kepulangan kita dan dijauhi dari berduka sebaliknya....ambo balik kampung(KB) esok pagi dan ambo doakan diri ambo, isteri dan anak sekeluarga serta umat Islam yang akan balik ke kampung supaya Selamat hendakNYA pergi dan balik.....Aminnnn!
Opppsss janghe dok lupo pulok zakat teroh tu weiiiii...korang dah bayar belum????
Opppsss janghe dok lupo pulok zakat teroh tu weiiiii...korang dah bayar belum????
Kat bawah ni kadar yang ditetapkan bagi zakat fitrah 2011 tahun 1432 hijrah bagi seluruh negeri di Malaysia ;
Negeri-negeri di Malaysia
- Johor = Rm7.50 bagi yang makan beras super dan rm5.00 bagi yang makan beras Nasional
- Kedah = RM 7.00
- P.Pinang = RM7.30
- Sabah = RM7.70
- Sarawak = RM7.50
- Selangor = RM5.20
- Kelantan = RM 7.60
- Melaka = RM 6.30
- N. Sembilan = RM6.50
- Pahang = RM7.30
- Perak = RM7.00
- Perlis = RM5.00/RM7.00
- Terengganu = RM6.00 / RM7.00 / RM8.00
- Kuala Lumpur = RM5.20
- Labuan = RM5.20
- Putrajaya = RM5.20
Syarat Zakat Fitrah
- Islam
- Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
- Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah :
- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
- Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI 1432H....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.