Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Taktik Perompak, Pencuri mungkin juga perogol...Berhati2!
Sekadar nak ingat ko sapo2 jah...ambo petik dari sahabat...berhati2 dan jangan biarkan diri anda terpesona kearah kerugian sekiranya tidak berhati2...
Amaran dari pihak polis
BERHATI2
PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA - CARA
TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua!
Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking,
membuka kerata dan masuk kedalamnya.Kita start engine kereta dan
bersedia untuk berundur.Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat
kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin
belakang menghalang pandangan kita..Jadi kita parking balik
kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua
benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.Bila anda sampai dibahagian
belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat
sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.Perasan tak kaum hawa? Saya
pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri
memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita.
Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi! BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKANJika
kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan
memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda
membaca email ini.Saya harap anda akan hantar email ini kepada
kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan
pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu
jatuh ketangan orang lain. Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak
beringat.
p/s :penjahat/penjenayah ada dimana2...berhati2!
-Sumber-
Terima kasih shiekh atas info yg bermanfaat. Penjenayah mmg tak pernah kering idea utk melakukan jenayahnya tu. Sama2lhak ita hati2 dan berdoa kpd Allah agar sentiasa selamat dari ancaman penjenayah
ReplyDelete