Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Tuesday, 31 January 2012

Macam2 kes jenayah sekarang ni!Bala menimpa di negara 1 Malaysia...

Macam-macam kes jenayah yang berlaku di negara kita sejak akhir2 ni...pernah kah kita terpikir akan kenapa ianya terjadi?

Tiga lelaki berparang edar kad jemputan kahwin

KUALA LUMPUR: Edar kad jemputan dengan parang. Itu taktik digunakan tiga lelaki yang memasuki rumah seorang suri rumah dengan berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan adik mereka sebelum menyamun barang kemas dan wang tunai milik mangsa bernilai RM130,000 di Jalan Hujan Emas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Alisa, 50, berada di rumah bersama cucu lelakinya berusia tiga tahun ketika tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berhenti di hadapan rumahnya.
Menurutnya, tiga lelaki terbabit membawa sedozen air minuman kotak dan sedulang buah-buahan dan menyatakan niat untuk menyerahkan kad jemputan kahwin adik mereka selain mengaku saudara jauh mangsa.

“Sebaik masuk, seorang daripada mereka meminta air selain menyoal sama ada saya berseorangan di rumah.

“Ketika saya hendak masuk ke dapur, tiba-tiba mereka mengeluarkan parang dan mengugut saya menyerahkan semua barangan berharga sebelum menarik saya masuk ke ruang sembahyang,” katanya, semalam.

Katanya, selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki kereta sama. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling.

p/s: Inilah salah satu bala yang Allah turunkan di negara kita...keadaan persekitaran yang kurang selamat dan banyaknya berlaku kezaliman disebabkan perbuatan sesetengah kita yang banyak tersasar kepada ajaran Islam sepenuhnya. Allahuakhbar3!Bala tidak datang dengan gempa bumi, gunung berapi dan seumpama lagi bencana alam tetapi inilah salah satu bala dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa untuk menentukan segala2NYA...HUDUD adalah PASti!

1 comment:

  1. Salam Yob,

    Riso dengornya. Minta dijauhkan gejala dan jenayah begini berleluasa!

    ReplyDelete

Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.

Nuffnang Ads