Rakyat tidak akan tertekan pun sekiranya tarif elektrik dan harga minyak naik...Rakyat lebih suka lagi harga makin meninggi2...kuasa beli rakyat di Malaysia hebat aper???Hebat ke???aper kejadahnya yang hebatnya....kihkihkih!yang nak harga tu tinggi bukan rakyat yang golongan sederhana/miskin/pertengahan tetapi golongan yang kaya dan sememangnya akan dapat free sumber2 tu...kihkihkihkih!
ambo copy jah kat SINI
SIAPA TAK MAHU HARGA MINYAK DAN TARIF ELEKTRIK TURUN?
Siapa tidak mahu harga minyak dan tarif elektrik turun? Orang itu mungkin tidak waras. Siapa yang tidak waras? Orang yang tidak mahu harga minyak dan tarif elektrik turun?
Hakikatnya siapa yang tidak mahu harga minyak dan tarif elektrik TURUN? Mereka ialah rakyat akan MENGUNDI BN. Rakyat yang MENGUNDI PR, jika PR menang, harga minyak dan tarif elektrik akan diTURUNKAN.
Orang yang tidak suka harga MINYAK DAN ELEKTRIK turun memang tidak cerdik. Mereka menjebik bibir menyatakan itu semua karut dan PEMBOHONG. Menurut mereka negara akan BANGKRAP kalau harga minyak dan elektrik dikurangkan atau diturunkan. Mereka tidak sedar sekarang pun hutan negara kian meningkat.
Macamana PR boleh turunkan harga minyak dan elektrik???? Pemimpin BN tidak boleh fikir. Mereka hanya fikir apa projek hendak dilaksanakan kerana dengan projek tersebut mereka dapat untung, dapat komisen, dapat habuan.
Dari mana PR hendak dapatkan duit untuk beri subsidi bagi mengurangkan harga minyak dan elektrik?
- Memastikan tiada KETIRISAN wang negara sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara setiap tahun kira-kira RM20bilion akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan mentadbir.
- Menghentikan subsidi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) - kroni BN sebanyak RM40bilion setahun.
- Pentadbiran yang bersih dan TIDAK BOROS mampu menyelamatkan wang rakyat dari dibazirkan seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang.
Logik atau tidak perkara di atas. Hanya orang yang tidak mahu
minyak dan tarif elektrik turun sahaja yang menyatakan ianya tidak
logik.
Pemimpin kerajaan negeri-negeri PR sudah membuktikan
bagaimana mereka berjaya mentadbir kewangan negeri masing-masing dengan
baik. Buktinya :-
1) Tidak ada seorangpun pemimpin kerajaan negeri PR dan adun
mereka disabitkan dengan rasuah semenjak mereka mentadbir - Kelantan
(lebih 21 tahun). Selangor, Pulau Pinang dan Kedah (lebih 3 tahun) dan
Perak (dibawah pentadbiran PR selama 8 bulan).
2) Kerajaan negeri-negeri PR telah dipuji oleh Ketua Audit
Negara kerana kecekapan dan ketelusan mereka menguruskan kewangan negeri
masing-masing. Selangor berjaya membayar semua hutangnya kepada
kerajaan pusat. Pulau Pinang, Kedan dan Kelantan berjaya membayar hutang
mereka kepada pusat mengikut jadual. Selangor mempunyai rezab kewangan
lebih dari RM1bilion.
3) Program-program kebajikan yang dijalankan oleh kerajaan
negeri-negeri PR terbukti amat berjaya walaupun di Kelantan dan Kedah
hasil negeri terhad. Tetapi oleh kerana pentadbiran mereka tidak boros
maka mereka berjaya menjalankan program kebajikan untuk rakyat.
p/s : Pilihlah yang mana demo raso molek...turun atau rendah hanya anda penentu masa depan!Takbirrrrr....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.