Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Tuesday 27 September 2011

Runtuhnya akhlak anak muda di Malaysia? Hukum Allah adalah yang TERBAIK.

Apabila hukum Allah dipersenda,dilanggar dan ditolak dengan alasan tidak sesuai dengan negara majmuk dan moden seperti Malaysia sekarang ini maka akan bercambahlah adab-adab jahilliah semasa zaman sebelum Nabi Muhammad S.A.W. diangkat menjadi Rasul untuk memberi sinar dalam kehidupan manusia. Disebabkan keadaan sesetengah pemimpin yang 'takut' untuk melaksanakan hukum Allah sebagaimana yang kita tahu bahawa setiap perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan maka bunuh, pelacuran, penzinaan serta gejala sosial semakin berleluasa malahan ini banyak terjadi kepada anak-anak muda yang berbangsa Melayu dan beragama Islam didalam IC nya.







Pelajar IPTA Ini Dikatakan Bunuh & Bakar Sebelum Perkosa Seorang Gadis Di Ampang


Pelajar didakwa bunuh gadis

AMPANG JAYA - Kes pembunuhan seorang gadis yang mayatnya ditemui dibakar hampir 80 peratus di dalam semak dekat loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan, Ampang di sini 6 September lalu memasuki episod baharu apabila seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang Jaya atas kesalahan itu semalam.

Tertuduh yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md. Abd. Ghani. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Muhammad Khairi didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Nurul Awathif Mohd. Shakir, 19, di rumah bernombor B-119 Apartmen Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Ampang di antara pukul 9 malam, 4 September hingga pukul 2.15 pagi, 5 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nur Dinie Baharum manakala Muhammad Khairi diwakili peguam Zamani Dolmat. Wan Karimah menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

-Kosmo 

Dari blogger otai disini


TaTJ royak : Hanya hukum Allah(HUDUD) penyelamat umat manusia yang semakin runtuh akhlaknya dalam negara Malaysia sekarang ini. Allahuakhbar!


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.

Nuffnang Ads