Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Monday 9 January 2012

Masin mulut kan....DSAI jadi PM Malaysia...kihkihkih!

ambo petik je...tapi kalu masin kecut jugak BN tu....tersasul lah plak....kihkihkih!

dari sahabat ambo

TERSASUL SEBUT ANWAR,PEMBERITA TV3 MINTA MAAF

SHAH ALAM - Sementara nama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sebutan banyak pihak menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok, pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay  memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Ketua Pembangkang itu, seolah-olah merujuknya sebagai perdana menteri, ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi."Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi.

Tidak disengajakan," kata Jaya Jamalina yang mesra dikenali sebagai "Jay" menerusi mesej Twitter malam tadi.Beliau memohon maaf ekoran kritikan beberapa pihak.Bagaimanapun, sebahagian besar pengikut dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan menerima permohonan maaf itu sambil menyifatkan ia bukan sesuatu yang disengajakan.Misalnya, blog nescafeais menyebut, "perhatikan saat ke-50... bukan isu besar pun... cuma kelakar... sebut nama musuh kot...hahaha."Blog muzammilarif dengan tajuk Maafkan Jay tertasul sebut Anwar pasal aktiviti PM" menulis, tengah sedap melayan Buletin TV3 malam tadi, pembaca berita yang bernama Nur Jamalina yang juga adalah calon dalam dua kategori iaitu Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita Radio Terbaik bagi tahun 2010 membuat kejutan apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri sebagai Anwar Ibrahim.

Beliau kemudian memohon maaf menerusi mikroblog twitter...Jay tersasul apabila berkata "wartawan TV3 di Johannesburg melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar itu... lawatan Datuk Seri Najib itu dijangka..."Anwar pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri sebelum dipecat pada September 1998.Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam.

Jay merupakan salah seorang pembaca berita setiap jam dan laporan trafik terkini Hot FM.Difahamkan, beliau membaca berita Buletin Utama secara sambilan.Isu itu menjadi perhatian ketika tumpuan sema pihak beralih ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang akan mengumumkan keputusan kes liwat Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.Selain itu perhatian juga tertumpu ke atas perhimpunan 901, di kawasan parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, yang akan diadakan sempena pengumuman keputusan kes tersebut. 
 
p/s : gerun pada 901 kot ni....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.

Nuffnang Ads