Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Tuesday 3 January 2012

Sekadar renungan...tak hebat pun setiap kezaliman yang dilakukan didunia ni..

Alhamdulillah ambo diberi kenikmatan untuk melihat lagi dunia ni pada awal tahun 2012 ni. Alhamdulillah jugak sebab hari ni dapat lah ambo nulis blog kembali selepas hampir seminggu tak dan disebabkan urusan kerja...apa pun ambo doakan semoga saing2 blogger lain dilindungi&dirahmati sokmo...Allahuakhabr!



Sekadar renungan dari TGNA ambo petik sepenuhnya...takdok nak tamboh apo2 sebab jelas maksudnya yang apa yang kita lakukan didunia ini adalah menjadi bekalan kita untuk hari akhirat sana...baik amalan kita, seronoklah disana dan jiga buruk amalan kita maka terimalah balasannya...Takbirrrrr!

Insafi kezaliman sebelum ‘melutut’ di depan Allah
Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 2 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru semua pihak sama ada kerajaan, pegawai atau peringkat individu agar menginsafi terhadap kezaliman yang dilakukan.
Katanya, sebelum tiba saat manusia dituntut ‘melutut’ dari Allah termasuk mereka yang dizalimi, tindakan sedemikian dihentikan segera.
“Saya tidak tuju pada siapa-siapa, tetapi setiap mereka yang melakukan kesalahan, sama ada individu, kerajaan, pihak berkuasa dan sebagainya perlu memohon maaf dari orang yang dikhianati,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Pada masa yang sama Tuan Guru berkata, tidak kira pelajar, orang tua atau sesiapa sahaja sekiranya mereka menuntut hak masing-masing, golongan itu tetap berdosa sekiranya hukuman diberikan di luar batas keagamaan dan kemanusiaan.
Ini kerana, katanya menganiaya fizikal, spiritual adalah berdosa di sisi Allah kerana Islam itu sendiri telah meletakkan jalannya agar manusia itu mengikutnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung kecederaan yang berlaku terhadap mahasiswa yang berhimpun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.
Katanya lagi, satu perkara yang perlu diingat, Allah adalah pencipta manusia sama ada mereka itu golongan yang berpangkat atau lemah.
“Bila buat aniaya pada manusia, taraf kita di sisi Allah sama sahaja, turut mendapat balasan pedih di akhirat nanti walaupun kita ni berpangkat dengan pelbagai bintang, berserban labuh semuanya akan dibalas,” ujarnya.


P/s: Hanya Allah tempat kita kembali...Dialah Yang Maha Mengetahui setiap apa yang kita lakukan didunia ini...Allahuakhbar3!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.

Nuffnang Ads