Anak muda bukan mudah ditipu....mesti ingat!
p/s: kita tengok kebangkitan anak muda masa PRU13 nanti...InsyaAllah!
Makin kuat ditekan, makin ramai mahasiswa bangkit |
Harakahdaily |
![]() ![]()
Justeru,
katanya Muhammad Safwan Anang dan Adam Adli kini telah menjadi sebutan
rakyat dan menjadi idola mahasiswa bagi memperjuangkan keadilan.
Menurutnya, mereka adalah ikon rakyat yang cintakan keadilan, kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan.
Sehubungan
itu, katanya DPPM mengucapkan tahniah di atas keberanian mahasiswa
menyatakan kebenaran dengan mengadakan himpunan aman bagi membantah Akta
Universiti Kolej Universiti (Auku) sehingga menyebabkan 2 orang pelajar
mengalami cedera parah semasa himpunan di Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) malam tahun baru 2012 lalu.
“DPPM
menganggap perkembangan ini yang bermula dengan insiden menurunkan
bendera oleh seorang mahasiswa, Adam Adli sehingga ke tragedi di UPSI
malam tahun baru 2012 menunjukkan proses kematangan dan kedewasaan
mahasiswa,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya
lagi, mahasiswa kini sudah mampu memposisikan diri mereka sebagai
golongan yang bersuara mewakili segmen masyarakat yang inginkan
keadilan, dan kebebasan.
Tambahnya,
mahasiswa telah keluar dari kepompong ketakutan yang selama ini
membelenggu mereka sehingga berani bersuara mendesak agar Auku
dimansuhkan segera.
“Gerakan
mahasiswa seharusnya mampu mencorakkan masyarakat menjadi golongan yang
peka, sensitif, dan responsif terhadap persekitaran mereka,” katanya.
Beliau
berkata, masyarakat akan cepat sedar terhadap kebobrokan yang berlaku
melalui sesuatu isu dan rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan oleh
pemerintah.
Idealisme dan suara mahasiswa tidak perlu disekat seperti dahulu, ujarnya.
“Sudah
berpuluh tahun mahasiswa di halang dari berfikir secara matang ke atas
sesuatu isu yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu dipandu supaya haluan
mereka mengikut lunas kemanusiaan dan menurut syariat Islam serta norma
budaya masyarakat di negara ini,” ujarnya.
Menrutnya, mereka wajar didorang agar bertindak positif demi memastikan negara berada pada landasannya yang sebenar.
Justeru,
tegasnya DPPM mengingatkan kerajaan bahawa tindakan zalim dan keras ke
atas mahasiswa tidak sesekali mematikan api perjuangan mereka, malah
akan memarakkan lagi arus perjuangan.
|
p/s: kita tengok kebangkitan anak muda masa PRU13 nanti...InsyaAllah!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.