Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Monday 16 January 2012

Isu SBPA? Betul ke begini?Betul eikkkk...

Sekiranya berlaku begini maka ambo rasa sememangnya betulah yang kaya akan bertambah kaya dan yang miskin/golongan rendah akan bertambah miskin...apa kejadahnya ni weiiii....

sekadar petikan di Hrkh

SBPA: Kumpulan premier tidak terlibat penangguhan?

16 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 16 Jan: PAS mahukan satu penjelasan dari kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada penangguhan semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya kepada kumpulan sokongan atau secara keseluruhan.

Ini kerana menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar), beliau mendapat maklumnat bahawa penangguhan untuk semakan tersebut tidak melibatkan kumpulan Premier.

"Saya mendapat maklumat bahawa penangguhan semakan itu hanya melibatkan pegawai rendah dan tak melibatkan kumpulan premier.

"Saya nak dapatkan penjelasan tangguh keseluruhan atau kumpulan rendah sahaja," katanya pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Beliau mengulas tindakan kabinet yang telah bersetuju menangguhkan perlaksanaan skim SBPA untuk disemak semula ekoran bantahan banyak pihak berhubung kadar kenaikan gaji yang didakwa tidak adil kepada kumpulan bawahan.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sebelum ini mendedahkan bahawa penjawat awam dalam Kumpulan Premier, yang dianggarkan dalam jumlah sekitar 36 orang, akan menerima gaji antara RM35,000 hingga RM60,000 tidak termasuk elaun tetap, elaun perumahan dan elaun khas pembantu rumah serta lain-lain.

Sedangkan katanya kakitangan Kumpulan Pelaksana hanya menerima kenaikan sekitar RM80, RM100, RM200 malah ada yang tidak sampai RM10.

Mempersoal lanjut, Mahfuz juga mahu penjelasan, adakah pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong untuk perlantikan skim persaraan daripada semua kumpulan premier tersebut.

"Saya juga ingin tahu bilakah tarikh surat perlantikan 36 orang kumpulan premier ini dibuat.

"Bila pula faedah dan ganjaran akan dimasukkan dalam akaun bank kumpulan premier ini," soalnya lagi.

Mengulangi gesaannya sebelum ini, beliau sekali lagi mahu satu Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menyemak semula skim SBPA tersebut agar ianya disemak secara keseluruhan termasuk terhadap gaji kumpulan Primer.

Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan perlaksanaan skim SBPA yang septutnya bermula 1 Januari lalu, ditangguhkan untuk disemak semula.

Keputusan untuk semakan semula itu dibuat selepas perbincangan dengan Ceupacs.


p/s: Mana ada golongan miskin/rendah akan menjadi senang selagi korupsi masih ada dalam pentadbiran...kihkihkih!

1 comment:

  1. biasalah tu. bagi adil lah. kalau naik rm500, semua merasa rm500. baru adil. guna tangga gaji lama je. lagi satu isu, bboleh diberhentikan bila2 masa, kami kat tentera merasanya juga. bukan guru KAFA aje

    ReplyDelete

Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.

Nuffnang Ads