Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Wednesday 18 January 2012

Benar atau dibuat cerita benar???keluar PAS masuk umNO?kihkihkih..macam2 ader...

Dia bila dah dekat nak ngundi macam2 ader yang timbul...
Keluar Pas masuk umno lah, 
Keluar umno masuk PAS/PRlah,
Keluar PAS tak masuk2 apa pun ada,
Keluar umno tak masuk2 PAS/PR pun ada...masuk kubur dah kot!kihkihkih...
dan hok paling ramai sekarang ni ambo raso...
Masuk PAS tak keluar2...kihkihkih...

ambo ambil dalam -hrkh-

PAS Gombak nafi 101 ahli sertai Umno

Khaulah Azwar, 17 Jan 2012
Gombak, 17 Jan: Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir (gambar)  menafikan dakwaan kononnya 101 orang ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, telah keluar PAS dengan  menyertai umno.

Apa yang berlaku, 37 memohon menyertai PAS menjelang PRU ke 12 pada 2008 lalu dan 20 dari mereka memohon masuk Umno sebulan lalu.

Kemasukan mereka dalam Umno kononnya disebabkan berlakunya pemecatan AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka  dalam Umno akibat kekecewaan apabila  Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Gombak Setia  Datuk Dr Hasan Ali  di pecat daripada  PAS baru-baru ini," katanya.

Jelasnya, ketika PRU12 yang lalu,  PAS Gombak telah menerima 37  borang permohonan keahlian PAS daripada cawangan tersebut.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung kerdas  dua baru-baru ini.

Beliau berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno. Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno  melalui penyemakan  yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak.

Peristiwa kemasukan mereka dalam PAS dalam PRU12 pada 2008  adalah sangat  drastik sebelum pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menurut Sallehuddin, ekoran berlakunya pemecatan keatas Datuk Dr Hasan Ali dalam parti PAS, tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk hadapi PRU13 nanti.

“Kita sentiasa melatih ahli  agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar semua ahli  istiqama dalam perjuangan, tidak kira samada parti  PAS, PKR atau DAP kerana setiap parti yang di tubuhkan terletaknya dasar perjuangan yang di putuskan oleh pucuk pimpinan yang perlu di taati selagi tidak melanggari syariat.

"Justeru, saya harap semua ahli PAS kena faham konsep Perjuangan  PAS dimana dasar pas adalah Islam berdasarkn Al- Quran, Hadis, Ijtima dan QIAS," katanya.

Hadir sama dalam sidang media, Kahirul Fahmi, Setiausaha PAS Gombak.


p/s: pilihlah yang mana demo raso betul dan dipertanggungjawabkan akan pilihan anda tu bukan setakat diri sendiri tetapi orang lain pada masa akan datang termasuk anak, cucu, cicit, ciut dan blablabla....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.

Nuffnang Ads