Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Thursday 8 December 2011

Berita gembira/sebaliknya kepada penjawat Awam???Alahai...

SKIM GAJI SBPA AKAN MENEKAN PENJAWAT AWAM? ADAKAH BENAR/TIDAK...MESTI ADA PERKARA DISEBALIKNYA.....


ambo petik sepenuhnya di SINI
juga di SINI


Nampaknya gayanya pekeliling skim gaji baru 2012 SBPA yang dijangkakan keluar sepenuhnya pada hari ini menunjukkan pelbagai pro dan kontra berdasarkan pendapat yang diutarakan sebelum ini. Pada asalnya dijangkakan ramai yang merasakan semua penjawat awam yang akan menikmati kenaikan gaji baru 2012 berdasarkan pengumuman Datuk Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2012. Rupanya tidak, ada pilihannya. Skim Gaji Baru 2012 SBPA, pilihan Kepada Kakitangan Awam Untuk Naik Gaji?

 Gambaran keseluruhan mengenai skim gaji baru 2012 SBPA kali ini bukan lagi menjadi rahsia ramai kakitangan awam sekarang ini walaupun pekeliling SBPA belum dikeluarkan secara rasmi.

Ramai yang seakan bersetuju dengan skim gaji baru 2012 SBPA nanti, dan ramai juga yang kurang senang dan selesa dengan berita-berita awal berkaitan pengenalan skim saraan baru perkhidmatan awam (SBPA 2012).

Yang mana masih ingat lagi, kalau ikut skim SBB dahulu, kalau dapat kurang sahaja 50%, baharulah dikira sebagai statik pergerakan gaji dan kalau dapat 3 tahun berturut, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dibuang kerja.

Markah kurang dari 50%, itu boleh dikatakan margin yang sesuai, tapi kalau sampai 70% itu sangat menekan penjawat awam kerana setiap markah pencapaian mesti mendapat sekurang-kurangnya gred 7-8.

Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada Akauntan Negara, kemungkinan besar pekeliling SBPA 2012 akan dikeluarkan secara rasmi pada hari ini 8 Disember 2011 bersamaan Hari Khamis.

Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan kemungkinan pada minggu hadapan pekeliling skim gaji baru 2012 SBPA ini akan dikeluarkan.Yang pasti skim gaji baru ini bakal menekan para penjawat awam, kenaikan gaji berdasarkan markah prestasi yang tinggi. Secara tak langsung, inilah cara kerajaan UMNO BN mengurangkan penjawat.



p/s: semestinya ada agenda tersembunyi disebalik skim gaji SBPA ini kepada penjawat awam..carilah maksud tersurat tersebut...semoga anda tahu apakah betul menekan/tertekan/sememangnya ditekan2...Wallahualam!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.

Nuffnang Ads