Rezeki tu kalu betul2 berlaku...InsyaAllah! Adakah PRU13 akan berlaku tahun ini???mungkinkah...Wallahualam...Ambo pun tak tahu...
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini. Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa. Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
Ambo ambil sepenuhnya di blog otai
[PANAS] Bajet PRU 13: Gaji Kakitangan Awam Dijangka Naik Sehingga 40%
Saya petik:
[TMI] Putrajaya dijangka memperkenalkan
sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia
(SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat —
yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Sistem saraan
yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai
melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama
sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu
Pembangunan Kompetensi (Prospek). “Difahamkan agensi-agensi kerajaan
sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan
pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang
pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian
Insider.
Di
bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai
25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu. Minggu lalu,
The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan
menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali
sebelum menghadapi pilihan raya umum.
Kali terakhir kerajaan
meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan
menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus. Bulan lalu,
kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum
RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran
khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Satu sumber berkata, “langkah ini
(memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji
tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan
penyusunan semula skim dan gred.”
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.
Bagaimanapun tuntutan itu tidak
dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu. “Cuepacs
juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan
diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak
menjadi kenyataan.
“Jika ia diperkenalkan semula bermakna
ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan
kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan
gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini
benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira
keadaan ekonomi global dan tempatan.
“Kalau dari segi peratusan, kita boleh
katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes
gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi. Satu
lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan
menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan
rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan
Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan
dikekalkan.
SSM diperkenalkan pada 2002
menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas
hati di kalangan kakitangan awam. SSM terdiri daripada sistem gaji tiga
lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang
dengan masing-masing mempunyai kuota.
Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa
tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian
prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian
Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi. The
Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi
sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga
1991.
Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan
PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat
kenaikan pangkat. Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki
potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi
yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini. Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa. Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
Ambo ambil sepenuhnya di blog otai
naik atau tak gaji. umno wajib ditentang jugak
ReplyDeleteAmbo sokong Jiwa Hamba, ibarat kata Tok Guru...orang bagi beras ambil, orang bagi kain pelikat ambik tapi pakoh tetap pakoh bulan penuh...Takbirrr!
ReplyDelete