Apabila hukum Allah dipersenda,dilanggar dan ditolak dengan alasan tidak
sesuai dengan negara majmuk dan moden seperti Malaysia sekarang ini maka akan bercambahlah adab-adab jahilliah semasa zaman sebelum Nabi Muhammad S.A.W. diangkat menjadi Rasul untuk memberi sinar dalam kehidupan manusia. Disebabkan keadaan sesetengah pemimpin yang 'takut' untuk melaksanakan hukum Allah sebagaimana yang kita tahu bahawa setiap perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan maka bunuh, pelacuran, penzinaan serta gejala sosial semakin berleluasa malahan ini banyak terjadi kepada anak-anak muda yang berbangsa Melayu dan beragama Islam didalam IC nya.
Pelajar didakwa bunuh gadis
AMPANG JAYA - Kes pembunuhan seorang gadis yang mayatnya ditemui dibakar hampir 80 peratus di dalam semak dekat loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan, Ampang di sini 6 September lalu memasuki episod baharu apabila seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang Jaya atas kesalahan itu semalam.
Tertuduh yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md. Abd. Ghani. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Muhammad Khairi didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Nurul Awathif Mohd. Shakir, 19, di rumah bernombor B-119 Apartmen Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Ampang di antara pukul 9 malam, 4 September hingga pukul 2.15 pagi, 5 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nur Dinie Baharum manakala Muhammad Khairi diwakili peguam Zamani Dolmat. Wan Karimah menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
-Kosmo
Dari blogger otai disini
TaTJ royak : Hanya hukum Allah(HUDUD) penyelamat umat manusia yang semakin runtuh akhlaknya dalam negara Malaysia sekarang ini. Allahuakhbar!
Pelajar IPTA Ini Dikatakan Bunuh & Bakar Sebelum Perkosa Seorang Gadis Di Ampang

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.