[Bergambar] Terengganu Dihentam Tempias Taufan Nesat, Festival Pekan Budaya Musnah
Belum sempat Festival Pekan Budaya Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2011 bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu melabuhkan tirainya esok (29 Sept 2011), ia telah dihentam ribut kuat malam tadi yang menyebabkan keseluruhan festival tersebut musnah samasekali.
Sebanyak 18 buah khemah pameran dan 32 khemah jualan sempena Festival Pekan Budaya hampir musnah akibat dipukul ribut kira-kira 9 malam tadi, demikian lapor fotoBernama.
Festival tersebut yang bermula sejak seminggu yang lalu disertai oleh 17 buah agensi kerajaan termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Perlbagi acara telah berlansung sepanjang karnival tersebut seperti pertandingan memancing, pameran oleh agensi kerajaan, gerai jualan, permainan dan persembahan tradisional, persembahan nasyid, persembahan artis-artis jemputan serta Kuala Terengganu idol (karaoke).
Di dalam kejadian ribut yang melanda malam tadi, pintu gerbang Festival patah dan tumbang, manakala banyak dahan-dahan pokok menghempap kenderaan di Dataran Shahbandar.
Keadaan menjadi lintang pukang dengan khemah-khemah jualan terbalik dan roboh akibat dihentam oleh ribut berkenaan.
Malah terdapat bot yang karam akibat dipukul ribut di tebing Sungai Terengganu berhampiran Dataran Shahbandar.
Ramai berpendapat bahawa ribut yang melanda malam tadi adalah tempias dari taufan Nesat yang melanda Filipina yang telah mengorbankan tujuh nyawa setakat ini.
Ambo ambil dari otai kat sini
p/s : Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala2nya tentang perkara tersebut. Diri kita yang berakal perlulah berfikir disebalik perkara tersebut...Mengapa dan kenapa ianya terjadi....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.