Bila ajal menjemput....doktor pakar dalam bahagian jantung pun akan mati desebabkan sakit jantung. Begitulah ajal kita berdasarkan sebab yang sememangnya telah ditulis oleh Yang Maha Berkuasa. Sekiranya ajal itu sampai maka pergilah roh tersebut menghadap Yang Maha Esa malahan tidak akan sedetik kurang ataupun sebaliknya...Hanya Allah lah tempat Yang Maha Mengetahui segala2nya...
Mati itu pasti dan hanya penyebab kematian itu sahaja sebagai caranya hamba Allah pulang ke sisiNYA...Al Fatihah..
Maut hantar jenazah
NAHAS...van jenazah yang dalam perjalanan pulang dari Kelantan terbabas di Jalan Raub-Lipis, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, pemandu van, Zaini Tamsir, 42, dan penumpang belakang, Saffii Sajat, 61, masing-masing dari Kampung Melayu, Subang, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Dua lagi penumpang iaitu anak Zaini, Zulhilmie, 15, yang duduk di kerusi penumpang depan, cedera ringan di telinga manakala penumpang belakang, Amran Sewa, 38, dari Jalan Merbau, kampung sama, patah tangan kanan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata siasatan awal mendapati, ketika tiba di tempat kejadian Zaini dipercayai hilang kawalan menyebabkan van berkenaan terbabas ke kiri dan terbalik apabila termasuk ke dalam longkang.
Menurutnya, akibat kejadian itu, Zaini dan Saffii meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zulhilmie dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Raub (HR).
Namun, Amran terpaksa ditahan di wad hospital berkenaan kerana patah tangan.
Katanya, seorang daripada mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Raub yang mengambil masa beberapa minit.
“Kami tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai akibat pemandu mengantuk kerana ketika kejadian keadaan cuaca baik manakala permukaan jalan kering.
Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
p/s: Sebelum pergi menghadap Yang Maha Berkuasa, renungkanlah diri kita apakah perbuatan yang dilakukan didunia ini akan menjadi amalan yang berguna untuk kecemerlangan akhirat sana...Pilihlah yang terbaik dari apa yang kamu fikirkan, bukan setakat kebaikan dunia tapi yang pasti akhirat sana...Wallahualam...Allahuakhbar3!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.