ambo petik sepenuhnya di SINI
Sekadar renungan....
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sekadar renungan....
Kisah Panas!! Sayangilah Isterimu Selagi Dia Masih Ada Di SisiMu... Jadilah Ia Sebagai Pengajaran Berguna Buat Para Suami... Wajib Baca...
Assalamualaikum….
Kehadapan
ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan
bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya
hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama
ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak
mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz
saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg
cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan
seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz
..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan
kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk
membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz
saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya
cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang
yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung
labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz
perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam
keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz
terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg
jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara
satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial
sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri
saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada
isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat
bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz
sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk
menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak
tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah
wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan
isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya
balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia
menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya
panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah
suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang
dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat
saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa
terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis
terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi
rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz
pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan
nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual
mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin
menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh
berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan
linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang
berhamburan ke lantai…
Ustaz
saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur
dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit
hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah
juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak
mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz
suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu
adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya
patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima
bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga
saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia
basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah
yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk
saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah
malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan
mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang
kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan
sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak
tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz
isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan
makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan
minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila
saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun
dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang
menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila
dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu
lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan.. kononnya
saya suami orang..huh.. sekarang baru dia kata saya suami
orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya
untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa
besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya
…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa
saya…..amat menyesal rasanya.
gambar sekadar hiasan
Ustaz….ketika
saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur
pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada
selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang
merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah
hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz
kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia
tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di
atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan
menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan
abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati
saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan
menyesal.
Ustaz
selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya
menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil
airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan
salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati
abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya
menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa
menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya
suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan
sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri
saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat
untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya
meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi
katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga
diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya
menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata
terakhir itu.
Ustaz…tepat
jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah
pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan
kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di
atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz
jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya
ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada
isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat
menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya
terima.
Masih
terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah
diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah
kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan
berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz
….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang
pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa
terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk
tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan
bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda
berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg
saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
p/s: Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala2nya...Mata yang memandang hari ini tidak akan sama untuk memandang pada keesokkan harinya. Begitu juga pandangan seseorang itu takkan sama dengan pandangan orang lain yang memandang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.