ambo petik sepenuhnya di SINI
Tarikh PRU-13: Bubar 17 Februari, Pengundian 11 Mac 2012
PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa
akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan
hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya
Umum ke-13 akan diadakan.
Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China
Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan
Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada
bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012. Ramalan ini adalah
berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti
anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan
persiapan menghadapi pilihanraya umum.
Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan
Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari
(Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).
Namu berdasarkan trend semasa tarikh
yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat
kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua
Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah
untuk mengumumkan sebarang acara besar.
No 11 adalah nombor yang dikatakan
menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering
dikaitkan dengan elemen tuah. Justeru tarikh pengundian pada Sabtu
dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada
12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk
menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung
minggu.
Menurut akhbar tersebut, selain sumber
dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan
diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan
Perdana Menteri. Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut
tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat
tersebut kepada mereka.
Dalam perkembangan yang sama,
sumber lain pula memaklumkan kepada penulis bahawa Barisan Nasional
(BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari
jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi.
Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3
yang hilang dalam PRU12 pada 2008.
Tapi dalam masa yang sama, temubual
eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya.
Nazri membayangkan BN akan mengalami
kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum
akan datang. Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara
maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih ’sofsikated’ dalam
menentukan pilihan masing-masing di peti undi.
Pada pendapat penulis keghairahan
akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar
masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang
taksub dengan ‘ramalan’ yang telah menjadi hampir sebahagian daripada
kehidupan mereka, walaupun dizaman moden hari ini.
Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah,
akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak
kuat. Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh
menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari
segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan.
Oleh itu penulis beranggapan, tidak
salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk
ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN
dalam pilihanraya umum akan datang.
Paling penting mengenal pasti 190
kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan
merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan
bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian.
p/s : Janji bukan ABU..pilihlah hok mana baik...Takbirrrr!Allahuakhbar3.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.