Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Thursday 22 September 2011

Bala oh bala...60 % Remaja Perempuan Malaysia Hilang DARA Menjelang Umur 18 Tahun.

Bala Allah bukan sahaja dengan hanya dilahat seperti ribut taufan, banjir besar, gempa bumi, tsunami yang gila membadai pantai tapi bala yang terlihat juga adalah kerosakan jiwa&akhlak anak muda di negara kita sekarang ini..Bala yang terlalu parah disebabkan oleh kita yang memulakannya, terdapatnya hukum didalam Al-Quran yang telah ditinggalkan oleh manusia2 yang hanya mengerti erti dunia semata-mata tanpa memperdulikan kebangkitan yang akan berlaku di Akhirat sana nanti....Allahuakhbar!

Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2010 dengan portal YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 peratus daripada mereka mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lima kekasih.

Ini merupakan kenyataan yang harus kita hadapi dan kenyataan yang begitu memalukan bagi rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam.Sepatutnya semasa usia remaja inilah mereka harus gunakan sebaik mungkin untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaatkan mereka tetapi lain yang diharap,lain yang dibuatnya.

Kerosakan akhlak remaja dewasa ini memang sukar dibendung dan masalah sosial seumpana ini,seks bebas sudah begitu menular dikalangan remaja terutama di peringkat sekolah menengah.

Berita mengenai perkara ini juga pernah didedahkan oleh Hmetro.


Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

Itu kisah yang diceritakan oleh seorang remaja yang baru berusia 16 tahun.Itu cerita yang kita ketahui @ yang telah didedah,bagaimana pun kisah beratus ribu pelajar remaja diluar sana?Tentu lagi banyakkan?

Ini pula kisah yang diceritakan oleh seorang remaja yang berusia 20 tahun yang hamil setelah melakukan hubungan dengan teman lelakinya:-


“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.


Itu satu hal,bagaimana pula dengan dosa yang kita tidak dapat lihat itu?Keseronakan yang dicari tetapi dosa yang berlimpah-limpah yang akan datang kepada mereka.Itu nasib baik mereka tidak buang bayi berkenaan ataupun membunuh bayi berkenaan.

Masalah keruntuhan akhlak ini begitu teruk dialami di negara kita.Didalam ibubapa @ orang tua-tua sibuk bergaduh kerana mempertahankan perjuangan politik mereka,mereka lupa tentang keruntuhan akhlak anak-anak muda mereka.

Tindakan yang lebih agresif daripada semua pihak amat diperlukan terutamanya daripada ibubapa supaya kita dapat membendung gejala sosial ini.Bila kita fikirkan masa depan @ masa-masa yang mendatang,kita rasa takut dengan situasi yang membelengu kita ini.Bagaimana kita nak besarkan anak-anak kita satu hari nanti.

Hanya Allah yang faham apa yang terbuku dihati.Astagfirullah.
 
Ambo ambil dari teman blogger disini

1 comment:

  1. akhlak remaja kita semakin parah. pengalaman saay sebagai guru, budak2 perempuan seawal tingkatan dua pun ramai yg pernah terlibat dalam hubungan terlarang ni

    ReplyDelete

Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.

Nuffnang Ads