Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Wednesday 30 November 2011

Sekadar renungan untuk diriku & teman2 yang lain...

 

Ambo petik sepenuhnya di blog otai di SINI

Kisah Nabi Musa a.s Dengan Seekor Burung Helang

Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.

Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".

Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?"

Jawab burung itu : "Dari burung helang yang mahu memakan aku."

Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata 

Burung helang berkata : "Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."

Nabi Musa berkata : "Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."

Jawab burung helang : "Daging kambing tidak sesuai bagiku."

Selanjutnya burung helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."

Jawab Nabi Musa a.s : "Baiklah kalau demikian."

Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.

Melihat yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?"

Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya : "Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."

Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sabar itu ada tiga:
  1. Sabar terhadap bencana.
  2. Sabar berlaku taat.
  3. Sabar menjauhi perbuatan derhaka.

Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi.

Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.

Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi."
 
Sedarilah yang kesabaran itu adalah separuh daripada keimanan kita...Wallahualam.
p/s : Mata yang memandang tanpa ditafsir dengan mata hati takkan memahami setiap perkara itu dengan jelasnya.

1 comment:

  1. salam..
    terima kasih atas perkongsian ni..
    kali pertama hida bca kisah ni..
    moga sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup ini..

    ReplyDelete

Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.

Nuffnang Ads