Selamat Datang dan Terimo Kasih kerana sudi jenguk blog ambo

Sekadar berita dari ambo! Janghe maroh kalu terkasar/tersalah bicaro kerana ambo pun manusia biasa yang mencari ilmu Allah di dunia yang sementara untuk bekalan di akhirat sana. Allahuakhbar...

Nuffnang Ads

Secebis hadis dari Rasulullah S.A.W. untuk renungan diriku dan teman2 sekalian..

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini setiap pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Secebis ayat untuk diriku dan teman2 yang lain.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.

Serunding Sedap & Segar dari Kampung Laut, Palekbang, Tumpat Kelantan.
Sekiranya anda memerlukan serunding secara runcit/borong bolehlah berhubung dengan pembekal seperti di dalam blog tersebut. Beliau merupakan pembekal SERUNDING SEDAP&SEGAR dari Kampung Laut, Kelantan. Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya, Bangi dan kawasan yang berdekatan sekitar kawasan tersebut. Terdapat serunding daging, Ayam dan Ikan yang segar dan sedap dari Kampung Laut, Palekbang, Kelantan.

Monday 12 December 2011

Zaid Ibrahim lah pulak....dulu UMNO, PKR sekejap & sekarang KITA...bagi sokongan pada Pakatan Rakyat pulak?mari lek mana pulak ni???

Inilah situasi bila dah dekat PRU...macam2 ader....kihkihkih!


ambo petik sepenuhnya di-hrkh
 
Pakatan tak pernah bincang penyertaan Kita
Muhammad Faizal   
SHAH ALAM, 11 Dis: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan soal Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk menyertai gabungan itu.

Malah katanya, sehingga sekarang belum ada sebarang permohonan dari Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Beliau juga menjelaskan, segala keputusan penyertaan parti Kita itu perlu melalui pembincangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Perkara ini baru saya ketahui walaupun ia telah disiarkan di dalam akhbar, tapi apa yang ingin dinyatakan sehingga sekarang kita belum menerima apa-apa permohonan dari Presiden Kita.

"Setiap apa jua keputusan setelah permohonan diterima kita akan membincangkan pada peringkat tertinggi Pakatan Rakyat," jelasnya pada satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Dokumen Negara Berkebajikan di Kompleks PKNS hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menambah buat masa sekarang tidak ada sebarang jawapan dapat diberikan terhadap dakwaan itu.

"Secara dasarnya kita tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana ia perlu diputuskan oleh peringkat tertinggi.

"Banyak perkara yang perlu dinilai kembali sewaktu beliau keluar dari Keadilan dan sepanjang beliau berada di dalam Kita," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Tambahnya Pakatan Rakyat mempunyai dasar bersama dan setiap dasar perlu dipersetujui oleh Kita jika mereka mahu menyertai Pakatan Rakyat.

Sebelum itu Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataannya bahawa parti itu tidak akan meletakkan mana-mana calon bertanding dalam PRU 13 dan bersedia menyokong Pakatan Rakyat.

Sokongan itu menurutnya ekoran  tidak sehaluan dengan dasar Barisan Nasional sejak akhir-akhir ini yang membangkitkan isu perkauman dan menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat.


p/s : macam2 akan timbul untuk mendapatkan undi PRU 13 nanti...jadilah pengundi yang bijak dulu, kini dan selama2nya...kihkihkih...dulu umNO, masuk PKR sekejap, sekarang KITA pulak... alahaiiii...

1 comment:

  1. huh... layankan jeee, "Banyak perkara yang perlu dinilai kembali sewaktu beliau keluar dari Keadilan dan sepanjang beliau berada di dalam Kita," statment ini bagus untuk menilai kelayakan si Zaid.

    ReplyDelete

Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.

Nuffnang Ads