Amanah Allah Terhadap Lelaki/Suami yang perlu memperingati ibunya/isterinya/anak perempuannya sekiranya tidak mahu ditarik ke dalam Neraka
* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Maka dia akan ditarik oleh anaknya itu ke dalam neraka.
* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka.
* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita di dalam keluarga itu jatuh pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja semata2 dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…Tunggulah tarikan adiknya di akhirat ke dalam neraka.
* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan dan di akhirat kelak…nantikan tarikan ibunya sama ke dalam neraka.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati?
tq for sharing ;)
ReplyDeleteTerima kasih sheikh atas tazkirah ni. Gerun rasanya bila memikirkan balik kegagalan dri selama ni
ReplyDeletepernah dgr satu cerita..
ReplyDelete"ayah nak adiah apa tuk besday ayah nanti??" si anak bertanya.. "ayah tak nak apa2, ayah cuma nak anak perempuan ayah dan juga isteri ayah menutup aurat dan menjadi anak yang soleh moga di akhirat nanti kita sama2 dapat masuk syurga".. si ayah membalas pertanyaan si anak..
wallahu a'lam..
saya pun rasa gerun jika mnjadi penyebab.. terima kasih atas perkongsian dan ingatan ini..
Thanks kerana tinggalkan komen yg membina...ambo pn takut jugak sbb ambo sbg ketua keluarga pun terasa sama akan hakikat perkara tersebut...tetapi InsyaAllah kita semua akan sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan kita...
ReplyDelete