Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000
Kira-kira 1,000 peminat bola sepak tempatan sanggup bersengkang mata sejak jam 1 pagi semalam semata-mata mahu menyambut kepulangan skuad Harimau Muda negara di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Mereka datang dari segenap penjuru, termasuk dari sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak hanya kerana ingin bertemu dan mengucapkan tahniah secara peribadi kepada wira negara itu yang tiba dengan pesawat khas dari Jakarta pada jam 7.30 pagi itu.
Ganjaran hampir mencecah satu juta ringgit itu adalah kurniaan peribadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang jelas gembira dengan kejayaan barisan pemain negara menewaskan Indonesia dalam aksi final sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2009.
“Setiap pemain (20 orang) dan pegawai pasukan (10 orang) menerima RM30,000 menerusi sumbangan peribadi Tuanku Presiden yang turut bertemu pemain semalam (malam kelmarin),” kata pengurus skuad Sukan Sea negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, petang semalam.
Walaupun terpaksa menggunakan kereta perisai ‘barracuda’, barisan pemain negara dilapor mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Sultan Ahmad Shah di hotel penginapan Presiden FAM itu di Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.
Ganjaran awal terbabit dilihat sebagai pembakar semangat bagi pemain muda negara bertemu Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 bertemu Syria malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil diikuti Bahrain pada Ahad.
Malah ganjaran lain turut menanti mereka dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan badan induk bola sepak negara itu masih mengkaji habuan buat skuad kendalian Kim Swee yang tidak tewas sepanjang saingan temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.
Selain itu, skuad Olimpik negara juga dijadual menjalani latihan di Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan bulan depan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab elit negara itu.-hm-
Tapi lain pulak yang berlaku kat penyokong sang Garuda ni...xhabis2 lagi wooiii...tak boleh terima kekalahan lah pulak...dah2 la tu...lain tahun usaha lagi, menang dan kalah kan adat perlawanan...
ambo petik dari saing kat SINI
LAGI KERJA BANGANG PENYOKONG BOLASEPAK INDONESIA YANG TAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN, KALI NI STUDENT KITA PULA DIUGUT BUNUH.
JAKARTA, 22 Nov – Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.
Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna Twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.
Setelah mendapat kecaman, pengguna Twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu.
Namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu, lapor Bernama Online.
Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.
“Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmat_maswara telah memohon maaf di Twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya di sini hari ini.
Ludinata berkata pimpinan PKPMI di Bandung telah membuat laporan polis pagi ini di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.
Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polsi Indonesia untuk tindakan selanjutnya.
“Saya juga telah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung,” katanya.
Berikutan kes itu, EM Indonesia katanya telah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.
Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini.
p/s : hek elehhh...xhabis2 lagi ke woiiii....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.