Ambo ingat lagi masa zaman kanak2 dulu bila tiba bulan November/Disember, di Kelantan akan tiba musim bah/tengkujuh namun ia bagaikan pesta bagi ambo&kanak2 lain...kalu kat kampung sibuk dengan rakit buluhnya dan kalu kat bandar pulak seperti di Kota Bharu tu akan ramai yang datang untuk mengarung(meredah) air banjir tersebut...bagaikan pestalah orang kata. Tapi yang paling banyak direkodkan didalam media massa ialah kematian pasti meningkat disebabkan lemas pada musim tersebut....
Ambo petik sepenuhnya di -hm
Dua beradik lemas
SAYU...Roslan (kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas dua anaknya lemas di sebuah tali air, semalam.
Dalam kejadian di Kampung Tualang Salak, Jelawat, dekat sini, jam 2 petang, Ahmad Fathi Asyraf Roslan, 14, dan adiknya, Mohd Arif Hukmi, 10, lemas ketika mandi dalam tali air.
Sebelum kejadian jam 2 petang itu, dua beradik berkenaan dikatakan keluar dari rumah menuju kawasan tali air untuk bermain banjir bersama sepupu mereka, Azhar Fakri, 13, yang terselamat.
Bapa mangsa, Roslan Abd Ghani, 46, berkata, dia tidak tahu anaknya itu keluar rumah dan mandi di tali air berkenaan.
Katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Seingat saya, selepas solat Zuhur, dua anak saya itu sudah tiada di rumah sehingga saya diberitahu mereka lemas,” katanya sebak.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, operasi mencari mangsa dilakukan dengan kekuatan 10 anggota termasuk lima anggota Unit Skuba.
Menurutnya, kedua-dua mayat mangsa ditemui 90 meter dari tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk dibedah siasat.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, Raihan Haslan, 15, dihanyutkan air ketika mandi tali air di Lemal, di Pasir Mas kira-kira jam 6 petang semalam dan masih belum ditemui sehingga jam 8 malam tadi. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan menyelamatkan Mohd Ali Zulkarnain Mohd Shafri, 14, sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus.
Ibu saudara Raihan, Haslina Hassan, 42, berkata, dia pasrah mengenangkan tragedi menimpa anak saudaranya itu dan berdoa semoga jasadnya segera ditemui.
“Kali terakhir menemuinya di rumah ketika Aidiladha lalu. Tiada sebarang perubahan pada dirinya kerana dia hanya bersikap seperti biasa. Tak sangka pula berlaku tragedi ini,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.30 petang sebelum terpaksa menghentikan operasi mencari dan menyelamat jam 7 malam berikutan keadaan gelap.
p/s : Berwaspadalah kepada keluarga yang tinggal berdekatan dengan sungai/parit/lembah...perhatikanlah anak2 anda...InsyaAllah semoga semuanya selamat...
simpati sangat..salam takziah buat mereka...insyaAllah mereka dijemput ilahi usia muda kerana kasih sayang-NYA
ReplyDeleteInsyaAllah Tuan...tapi itulah hakikat kehidupan. Dari DIA kita dtang dan dari DIA juga kita akan kembali...DIA lah Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Mengetahui segala2nya yang berlaku keatas kita semua...
ReplyDelete