Ambo lambat nak update tentang kejayaan Harimau Muda merobek sayap sang garuda malam tadi...blog xbleh nk buka dia punya password dari pagi tadi...Alhamdulillah ni baru bleh nk update...apa pun TAHNIAH pasukan Harimau Muda Malaysia...
SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.
Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.
Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.
Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.
Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.
Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.
Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.
Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.-hm-
Inilah dikatan tidak dapat menerima hakikat kekalahan...adakah ini bakal terjadi sekiranya Najib & kepimpinannya tersungkur PRU 13 nanti...sama2lah kita lihat...
sumber ihsan dari OTAI
Kalah bola Indon godam satu lagi laman web Malaysia!
SEBELUM ini laman web Malaysia di alamat pas.com.my menjadi mangsa perang saraf penyokong bola sepak Indonesia, rujuk sini [PAS]
Dilihat
kerana tidak berpuas hati akibat kekalahan pasukan bola sepak Indonesia
ke atas Harimau Muda malam tadi, individu yang dipercayai penyokong
fanatik Pasukan Bola Sepak Indonesia bertindak menggodam laman web Malaysia.
Laman web harianmalaysia.my berjaya digodam oleh individu tidak bertanggung jawab tersebut. Laman itu memaparkan mesej ringkas bertulis "maap korannya w tutup bangsat,,, w jamin kgak bisa pulang pemain malingsial.. !!!! ewe by dyaz".
Meskipun
Indonesia mendahului Malaysia dari segi pungutan pingat secara
keseluruhan, namun kekalahan pasukan bola sepak mereka ke atas Malaysia
dilihat tidak dapat diterima.
Meskipun
pelbagai tindakan provokasi ditimbulkan oleh penyokong Indonesia untuk
melemahkan pemain-pemain Harimau Muda, Stadium Gelora Bung Karno malam
tadi menyaksikan Garuda tersungkur di gelanggang sendiri.
Kemenangan
pasukan bola sepak Malaysia ditentukan oleh sepakan penalti selepas
kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga ke akhir masa
tambahan.
Malaysia menamatkan saingan dengan merangkul pingat emas dengan kemenangan 5-4 menewaskan Indonesia dalam temasya Sukan SEA ke 26.
Malaysia menamatkan saingan dengan merangkul pingat emas dengan kemenangan 5-4 menewaskan Indonesia dalam temasya Sukan SEA ke 26.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sikit komen supaya aku mengetahui dan pelajari apa yang salah/silap dariku.